" Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah(Islam), maka kedua ibu bapa merekalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(Riwayat al-Bukkhari)
Setiap insan yang bergelar ibu dan bapa telah diberikan satu amanah yang besar tatkala benihnya membesar di dalam perut. ANAK...itulah yang dipertanggungjawabkan Allah kepada insan yang bergelar ibu dan ayah. Sebagai ibu bapa kita harus memulakan pendidikan agama yang syumul melalui asuhan secara berterusan. Didikan ini berupaya membentuk keperibadian seorang anak menjadi soleh atau solehah.
Disamping itu, dengan didikan agama tersebut mampu mengukuhkan akidahnya yang membawa kepada kecintaan terhadap maruah di serta menimbulkan rasa takut kepada Allah Yang Maha Pencipta. Anak-anak tahu menilai serta membezakan segala laranganNya dan semua ini juga boleh membangkitkan rasa gerun terhadap azab Allah S.W.T.
Begitu juga dengan diri saya yang mempunyai sepasang anak yang sedang membesar. Hidup hari ini penuh dengan cabaran dan sebagai ibu bapa kita harus melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu terutama ilmu agama islam. Sekurang-kurangnya kita boleh bersedia sebarang kemungkinan yang bakal ditempuhi demi masa depan anak-anak kita.
SEBAGAI IBU BAPA KITA PERLU...
- Sentiasa mendoakan anak sejak dari dalam kandungan dengan doa khusus selain membaca al-Quran dengan kerap
- Menggalakan anak-anak khususnya anak perempuan agar mencintai agama islam dengan kesungguhan hati dan menghormati ibu dan ayah setiap masa.
- Menjadikan anak-anak sebagai sahabat dan berkongsi masalah serta rahsia kala keremajaan sedang bercambah selain ibu dan ayah juga harus mempamerkan sahsiah terpuji.
- Sentiasa ingatkan anak-anak tentang kecelakaan yang bakal ditanggung andai tidak berpegang kepada amar makruf nahi mungkar agar maruah diri seorang muslim terpelihara walau dimana berada.
- Sering mendengar masalah yang dihadapi anak-anak dan mengasuh mereka berpegang kepada prinsip "Allah akan sentiasa bersama hambaNya dalam saat sukar dan senang dan merintihlah kepadaNya" agar anak-anak hanya bergantung kepada Allah semata-mata dan yakini Islam adalah yang terbaik.
Masih Tercari-cari supplement yang sesuai??? Apakata hubungi atau sms or wassup 0199805192. Email kepada harraz0929@gmail.com pun boleh dan jangan lupa Like My Page: www.facabook.com/harrinashealthNbeauty
Tiada ulasan:
Catat Ulasan