Di tengah-tengah malam ini, tiba-tiba terfikirkan tentang kehamilan luar rahim. Apa yang dikatakan hamil luar rahim? Macam mana boleh berlakunya hamil luar rahim? Macam-macam soalan timbul. Apa yang diharapkan kehamilan luar rahim berlaku 1 dalam 1000 kehidupan manusia didunia ini. Hanya Allah sahaja mengetahuinya.
APA YANG DIMAKSUDKAN HAMIL LUAR RAHIM?
Kehamilan luar rahim atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Ectopic Pregnancy. Ia bermaksud kehamilan tersebut berlaku di luar rahim ibu. Kebiasaannya banyak kes hamil yang berlaku, implantasi berlaku dalam tiub falopio atau ia juga turut dikenali sebagai kehamilan tiub. Kehamilan tiub ini boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan apabila kandungan mula membesar. Ia boleh membahayakan apabial dibiarkan dimana tiub falopio boleh pecah dan menyebabkan pendarahan dalaman.
BILA DAN BAGAIMANA IA BERLAKU?
Kebiasaannya hamil luar rahim boleh dikenalpasti antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya mungkin boleh berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. Ia berlaku apabila telur yang disenyawakan tidak memasuki ke rahim dan berlaku proses implantasi serta berkembang di dinding tiub falopio. Keadaan ini berlaku mungkin akibat daripada tiub falopio sempit atau tersumbat.
SIAPAKAH YANG BERISIKO YANG MENGALAMINYA?
Menurut satu artikel yang saya baca, setiap wanita adalah berisiko untuk mengalaminya. Walaubagaimanapun, faktor -faktor tertentu seperti dibawah mungkin boleh meningkatkan risiko berlakunya hamil luar rahim. Antaranya ialah:-
- Pengidap penyakit radang pelvik - akibat daripada jangkitan kelamin boleh mengundang berlakunya kerosakkan atau luka pada tiub falopio.
- Pengidap endometriosis - tisu yang melitupi bahagian uterus tumbuh diluar uterus, pada atau dikawasan lain.
- Sesiapa yang pernah melalui proses pembedahan di bahagian perut.
- Sesiapa yang hamil melalui kaedah IVF perlu melakukan imbasan terhadap kandungan bagi memastikan embrio terletak di tempat yang sepatutnya.
- Perokok
Walau apa pun sekali, kehamilan luar rahim adalah satu kehamilan yang luar dijangka dan boleh mengancam nyawa. Ia tidak akan tahan lama sekiranya ia tidak dapat dialihkan ke rahim. Ia juga perlu digugurkan sepenuhnya bagi mengelakkan berlaku keadaan yang lebih merbahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan