Coretan ini hanyalah untuk perkongsian bersama. Mungkin saban hari kita leka dalam setiap apa yang kita lakukan. Mungkin juga kita tidak begitu mengambil berat dalam sesuatu perkara.
SYARIAT DALAM BERPAKAIAN
Sebenarnya islam itu amatlah indah dan sangat terperinci sehinggakan bab pakaian juga dititik beratkan. Bukan itu saja malah setiap inci kehidupan dan sekecil-kecil perkara turut boleh dihuraikan. Nauzubillah....begitu hebatnya islam sebagai Agama Yang Teragung.
Menurut sebuah kitab yang dikaryakan oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani iaitu Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah fil Kitabi wa Sunnah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi dalam mengenakan pakaian yang mengikuti syariat.
1) Pakaian yang menutupi seluruh tubuh selain yang dikecualikan
Adalah wajib bagi setiap wanita yang beragama islam menutupi seluruh tubuhnya iaitu auratnya kecuali yang dibenarkan sahaja. Al-Qurthubi berkata: "Pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan." Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a bahawa Asma Binti Abu Bakar menemui Rasulullah s.a.w sedangkan dia memakai pakaian yang nipis.
Maka Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan berkata kepadanya:
Maka Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan berkata kepadanya:
"Wahai Asma! Sesungguhnya jika seseorang wanita itu telah mencapai haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini."
Kemudian Rasulullah s.a.w menunjuk wajah dan telapak tangannya.
2) Pakaian itu tidak berfungsi sebagai perhiasan
Firman Allah:
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah." (Al-Ahzab:ayat 33)
Dalam berpakaian, kita tidak boleh berlebih-lebihan serta menampakkan perhiasan dan kecantikan yang wajib ditutupi.
3) Tidak jarang dan menampakkan bentuk badan
Seorang sahabat, Usamah bin Zaid berkata: Radulullah pernah membetiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau.
Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi s.a.w bertanya kepadaku:
"Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah?"
Aku menjawab:
"Aku pakaikan baju itu pada isteriku."
Nabi s.a.w lalu bersabda:
"Perintahkan ia agar mengenskan bajy dalam di balik Quthbiyah itu, kerana saya khawstir baju itu madih boleh menggambarkan bentuk tulangnya." (Riwayat Ahmad dan Al-Baihagi dengan sanad Hasan)
4) Tidak berpakaian yang menyerupai sesuatu
Janganlah sesekali berpakaian menyerupai sesuatu. Contohnya, lelaki memakai pakaoan menyerupai wanita.
Dari Abdullah bin Amru yang berkata:
"Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak termasuk golongan kamu para wanita yang menyerupakan diri dengan kaum lelaki dan begitulah sebaliknya.
Maka yang harus kita semua pastikan ialah berpakaian mengikut syariat agak kehidupan kita dipelihara dan mendapat kesejahteraan dari Allah s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan