Ahad, 1 Disember 2013

SAAT-SAAT INDAH YANG TIDAK MUNGKIN DILUPAKAN

Teringatkan masa lalu di saat- saat kali pertama dapat tahu mengandung dan ia adalah satu moment yang tidak mungkin dapat dilupakan. Semua isteri pasti tak lupa saat bilamana dapat tahu mengandung. Debaran pertama mula dirasai apabila terasa lewat datang bulan...tak pun sengal-sengal badan yang tak pernah dirasai sebelum ini. Yela..lain orang lain hint nya

Berdasarkan pengalaman saya, perubahan pertama sekali yang dirasai apabila saya rasa sakit pinggang yang amat sangat. Tak pernah rasa kesakitan macam tu..so, nak hilangkan rasa sakit hanya isi minyak panas dan sapu tempat yang sakit. Lagi pun tak pernah pulak terfikir pasal mengandung....mungkin banyak buat kerja rumah kot. 

Lewat period...hurmm tang period ni memang aku concern sikit bab-bab tarikh. Sejak kahwin aku akan pastikan tarikh bertemu bulan (berdasarkan kata kakak aku lah)..Then, sampailah masa aku lewat period tapi aku tak terus buat prenancy test. Tunggu sampai betul-betul confirm biarkan lebih seminggu. Barulah aku buat pregnancy test.

AKHIRNYA.....KEPUTUSANNYA ADALAH......


Aku mengandung????Macam tak percaya jer. Bersyukur aku akhirnya aku disahkan mengandung setelah 3 bulan berkahwin. Mengalir air mata dan ternyata tak sabar untuk kongsikan berita ini bersama insan tersayang. Sangkaan aku ternyata tepat apabila berita ini disampaikan pada suamiku. Dia juga berasa bersyukur tak terhingga sehingga mengalirkan air matanya. Apa yang nyata, kami berdua akan bergelar ibu dan ayah...

AWAL KEHAMILANKU.....

Di peringkat awal kehamilanku..aku sangat bersyukur yang aku tidak mengalami sebarang alahan pun. Cuma pernah mengidamkan buah laici. Susah juga nak cari buah laici kalau bukan musimnya...tapi yang dalam tin, aku tak nak. Maklumlah diperingkat awal kehamilanlah banyak yang perlu diberi perhatian. Peringkat trimester pertama katakan...


Bagi memastikan kehamilan trimester pertama berlangsung dengan baik, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya ialah...

  • jangan mengangkat barang yang berat-berat
  • jangan cuba mengambil barang yang berada di tempat lebih tinggi
  • sentiasa menjaga kesihatan dan elakkan daripada berada di tempat yang berpenyakit
  • elakkan sebarang tekanan perasaan
  • sentiasa bersedia dalam sebarang keadaan
  • mengambil vitamin-vitamin yang dicadangkan doktor
  • menjaga permakanan harian
  • banyakkan membaca Al-Quran dan berdoa

ANTARA YANG AKU AMALKAN....

Dalam permakanan harian, aku amat menitik beratkan pengambilan vitamin-vitamin bagi memastikan aku sentiasa bertenaga disepanjang proses kehamilanku. Di samping itu, kesihatan janin juga sangat-sangat perlu di ambil berat. Berikut adalah antara vitamin-vitamin yang diambil ketika trimester 1.



Masih Tercari-cari supplement yang sesuai??? Apakata hubungi atau sms or wassup 0199805192. Email kepada harraz0929@gmail.com pun boleh dan jangan lupa Like My Page: www.facebook.com/harrinashealthNbeauty

Tiada ulasan:

Catat Ulasan