Jumaat, 29 November 2013

PCOS LAGI??? MENGAPA PERLU TAHU??


Huisshh...tak dapat bayangkan kalau kita tumbuh bulu di muka macam gambar diatas. Sah-sah ramai yang terkejut dan berasa hairan macam mana boleh tumbuh bulu sebanyak itu. Tak mungkin lah...Tapi sebenarnya wanita berpotensi tumbuh bulu yang berlebihan di bahagian muka seperti janggut,perut,kaki dan tangan. Semuanya adalah kemungkinan besar mempunyai sindrom ovari polisistik atau lebih disebut sebagai PCOS.

KENALI PCOS
PCOS adalah ketidakseimbangan hormon wanita yang mengakibatkan kedatangan haid tak teratur,sukar hamil, peningkatan hormon lelaki (androgen) dan lebih membimbangkan sehingga boleh mengidapi diabetes dan sakit jantung. Biasanya, gejala ini bermula seawal remaja.

KESAN AKIBAT PCOS

PCOS boleh mempengaruhi kesihatan kita secara tidak langsung kalau kita tak dapat merawatnya atau mengawalnya. Kesan-kesan tersebut mungkin jarang kita sedari.

Kalau PCOS ovari menghasilkan lebih banyak hormon lelaki, ia akan menyebabkan wanita berhenti mengovulasi,menghidap jerawat dan tumbuh bulu berlebihan pada muka dan badan. Selain itu, kita juga boleh menghadapi masalah penggunaan insulin atau dikenali rintangan insulin. Ia menyebabkan tubuh tidak dapat menggunakan insulin dengan baik, kandungan gula dalam darah bertambah dan meningkatkan risiko diabetes.

Gejala-gejala yang sering berlaku akibat daripada PCOS ialah masalah jerawat dan pigmentasi serta keguguran rambut sehingga botak menyerupai lelaki dan tekanan.

Di samping itu, PCOS juga boleh menyukarkan untuk hamil. Ia berlaku apabila ovari membengkak disebabkan ovum terperangkap di dalam dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. PCOS boleh menyebabkan masalah berat badan yang berlebihan dari bahagian bawah. Ibarat dua biji buah lemon dicucuk dua lidi.

RAWATAN UNTUK PCOS

Punca sebenar berlakunya PCOS masih tidak diketahui. Tetapi, terdapat beberapa faktor yang mungkin boleh mengundang PCOS berlaku iaitu:-

  • Pengambilan makan yang mengandungi karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan.
  • Tekanan fizikan dan mental
  • Merokok
  • Kurang bersenam
Langkah pertama yang boleh diambil ialah mengubah segala tabiat buruk seperti berhenti merokok, sentiasa bersenam dan mengambil vitamin tambahan yang sesuai.

VITAMIN YANG DICADANGKAN


KEISTIMEWAAN GLA SHAKLEE

GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang mengandungi lebih dari 2 ganda GLA dalam EPO.
Borage adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.
Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA adalah sumber terbaik Omega-6. Ia digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

KEBAIKANNYA

Memperbaiki simptom PMS,melambatkan menopaus, mencegah kanser,menghalang komplikasi diabetes, menghalang berat badan.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan