Jumaat, 6 Disember 2013

KISAH BENAR!!!! BERDIET DENGAN OMEGA GUARD.

Kenapa rasa susah nak kurus??? Bilalah aku nak kurus?? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran bukan? Jawapannya, antara NAK atau TAK NAK jer. Semua ni mesti ada disiplin diri yang kuat dan keyakinan yang tinggi. 

ORANG LAIN BOLEH, PASTI AKU PUN BOLEH!!!!

Suntikan kata-kata motivasi juga penting supaya kita sentiasa bersemangat untuk menurunkan berat badan. Disamping itu, pengambilan vitamin-vitamin tertentu boleh serba sedikit mempercepatkan proses penurunan berat badan. TAPI AWAS!!!!!! Jangan tersalah pilih produk yang boleh memudaratkan kesihatan kita.

Saya juga mempunyai berat badan yang melebihi BMI yang sepatutnya. Untuk mencapai impian 'Back To Normal" saya pastikan mengambil vitamin Shaklee untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Kebiasaannya sebelum makan saya akan minum ESP (Energizing Soy Protein). ESP mengenyangkan saya dan secara tidak langsung kuantiti makanan pagi diambil akan kurang. Selepas makan pula, saya akan menelan LECITHIN DAN ALFALFA dimana kedua-duanya berfungsi sebagai agen detox. Ia membantu menyingkirkan segala toksik dalam badan.

OMEGA GUARD AGEN PEMBAKAR LEMAK



Dalam rangkaian vitamin Shaklee, Omega Guard juga merupakan salah satu agen pembakar lemak. Keistimewaan Omega Guard, ia diekstrak dari ikan laut sejuk (sardin,mackerel,herring,anchovies) di perairan negara Jepun. Ia mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.

KISAH BENAR!!!!!

Percaya atau tidak...lihatlah sendiri kata-kata mereka yang dah berjaya!!!



Suami Reyna hanya mengamalkan Omega Guard selama 2 setengah bulan sahaja...


Musliana pulak mengabungkan lecithin dan omega guard....

MEREKA TELAH BERJAYA!!!!TAHNIAH!!!! SAYA SUDAH!!! ANDA????




Masih Tercari-cari supplement yang sesuai??? Apakata hubungi atau sms or wassup 0199805192. Email kepada harraz0929@gmail.com pun boleh dan jangan lupa Like My Page: www.facabook.com/harrinashealthNbeauty

Isnin, 2 Disember 2013

ANAK-ANAKKU AMANAHKU DIDUNIA DAN AKHIRAT

" Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah(Islam), maka kedua ibu bapa merekalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(Riwayat al-Bukkhari)

Setiap insan yang bergelar ibu dan bapa telah diberikan satu amanah yang besar tatkala benihnya membesar di dalam perut. ANAK...itulah yang dipertanggungjawabkan Allah kepada insan yang bergelar ibu dan ayah. Sebagai ibu bapa kita harus memulakan pendidikan agama yang syumul melalui asuhan secara berterusan. Didikan ini berupaya membentuk keperibadian seorang anak menjadi soleh atau solehah.

Disamping itu, dengan didikan agama tersebut mampu mengukuhkan akidahnya yang membawa kepada kecintaan terhadap maruah di serta menimbulkan rasa takut kepada Allah Yang Maha Pencipta. Anak-anak tahu menilai serta membezakan segala laranganNya dan semua ini juga boleh membangkitkan rasa gerun terhadap azab Allah S.W.T.

Begitu juga dengan diri saya yang mempunyai sepasang anak yang sedang membesar. Hidup hari ini penuh dengan cabaran dan sebagai ibu bapa kita harus melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu terutama ilmu agama islam. Sekurang-kurangnya kita boleh bersedia sebarang kemungkinan yang bakal ditempuhi demi masa depan anak-anak kita.

SEBAGAI IBU BAPA KITA PERLU...

  1. Sentiasa mendoakan anak sejak dari dalam kandungan dengan doa khusus selain membaca al-Quran dengan kerap
  2. Menggalakan anak-anak khususnya anak perempuan agar mencintai agama islam dengan kesungguhan hati dan menghormati ibu dan ayah setiap masa.
  3. Menjadikan anak-anak sebagai sahabat dan berkongsi masalah serta rahsia kala keremajaan sedang bercambah selain ibu dan ayah juga harus mempamerkan sahsiah terpuji.
  4. Sentiasa ingatkan anak-anak tentang kecelakaan yang bakal ditanggung andai tidak berpegang kepada amar makruf nahi mungkar agar maruah diri seorang muslim terpelihara walau dimana berada.
  5. Sering mendengar masalah yang dihadapi anak-anak dan mengasuh mereka berpegang kepada prinsip "Allah akan sentiasa bersama hambaNya dalam saat sukar dan senang dan merintihlah kepadaNya" agar anak-anak hanya bergantung kepada Allah semata-mata dan yakini Islam adalah yang terbaik.

Masih Tercari-cari supplement yang sesuai??? Apakata hubungi atau sms or wassup 0199805192. Email kepada harraz0929@gmail.com pun boleh dan jangan lupa Like My Page: www.facabook.com/harrinashealthNbeauty

Ahad, 1 Disember 2013

SAAT-SAAT INDAH YANG TIDAK MUNGKIN DILUPAKAN

Teringatkan masa lalu di saat- saat kali pertama dapat tahu mengandung dan ia adalah satu moment yang tidak mungkin dapat dilupakan. Semua isteri pasti tak lupa saat bilamana dapat tahu mengandung. Debaran pertama mula dirasai apabila terasa lewat datang bulan...tak pun sengal-sengal badan yang tak pernah dirasai sebelum ini. Yela..lain orang lain hint nya

Berdasarkan pengalaman saya, perubahan pertama sekali yang dirasai apabila saya rasa sakit pinggang yang amat sangat. Tak pernah rasa kesakitan macam tu..so, nak hilangkan rasa sakit hanya isi minyak panas dan sapu tempat yang sakit. Lagi pun tak pernah pulak terfikir pasal mengandung....mungkin banyak buat kerja rumah kot. 

Lewat period...hurmm tang period ni memang aku concern sikit bab-bab tarikh. Sejak kahwin aku akan pastikan tarikh bertemu bulan (berdasarkan kata kakak aku lah)..Then, sampailah masa aku lewat period tapi aku tak terus buat prenancy test. Tunggu sampai betul-betul confirm biarkan lebih seminggu. Barulah aku buat pregnancy test.

AKHIRNYA.....KEPUTUSANNYA ADALAH......


Aku mengandung????Macam tak percaya jer. Bersyukur aku akhirnya aku disahkan mengandung setelah 3 bulan berkahwin. Mengalir air mata dan ternyata tak sabar untuk kongsikan berita ini bersama insan tersayang. Sangkaan aku ternyata tepat apabila berita ini disampaikan pada suamiku. Dia juga berasa bersyukur tak terhingga sehingga mengalirkan air matanya. Apa yang nyata, kami berdua akan bergelar ibu dan ayah...

AWAL KEHAMILANKU.....

Di peringkat awal kehamilanku..aku sangat bersyukur yang aku tidak mengalami sebarang alahan pun. Cuma pernah mengidamkan buah laici. Susah juga nak cari buah laici kalau bukan musimnya...tapi yang dalam tin, aku tak nak. Maklumlah diperingkat awal kehamilanlah banyak yang perlu diberi perhatian. Peringkat trimester pertama katakan...


Bagi memastikan kehamilan trimester pertama berlangsung dengan baik, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya ialah...

  • jangan mengangkat barang yang berat-berat
  • jangan cuba mengambil barang yang berada di tempat lebih tinggi
  • sentiasa menjaga kesihatan dan elakkan daripada berada di tempat yang berpenyakit
  • elakkan sebarang tekanan perasaan
  • sentiasa bersedia dalam sebarang keadaan
  • mengambil vitamin-vitamin yang dicadangkan doktor
  • menjaga permakanan harian
  • banyakkan membaca Al-Quran dan berdoa

ANTARA YANG AKU AMALKAN....

Dalam permakanan harian, aku amat menitik beratkan pengambilan vitamin-vitamin bagi memastikan aku sentiasa bertenaga disepanjang proses kehamilanku. Di samping itu, kesihatan janin juga sangat-sangat perlu di ambil berat. Berikut adalah antara vitamin-vitamin yang diambil ketika trimester 1.



Masih Tercari-cari supplement yang sesuai??? Apakata hubungi atau sms or wassup 0199805192. Email kepada harraz0929@gmail.com pun boleh dan jangan lupa Like My Page: www.facebook.com/harrinashealthNbeauty

Jumaat, 29 November 2013

PCOS LAGI??? MENGAPA PERLU TAHU??


Huisshh...tak dapat bayangkan kalau kita tumbuh bulu di muka macam gambar diatas. Sah-sah ramai yang terkejut dan berasa hairan macam mana boleh tumbuh bulu sebanyak itu. Tak mungkin lah...Tapi sebenarnya wanita berpotensi tumbuh bulu yang berlebihan di bahagian muka seperti janggut,perut,kaki dan tangan. Semuanya adalah kemungkinan besar mempunyai sindrom ovari polisistik atau lebih disebut sebagai PCOS.

KENALI PCOS
PCOS adalah ketidakseimbangan hormon wanita yang mengakibatkan kedatangan haid tak teratur,sukar hamil, peningkatan hormon lelaki (androgen) dan lebih membimbangkan sehingga boleh mengidapi diabetes dan sakit jantung. Biasanya, gejala ini bermula seawal remaja.

KESAN AKIBAT PCOS

PCOS boleh mempengaruhi kesihatan kita secara tidak langsung kalau kita tak dapat merawatnya atau mengawalnya. Kesan-kesan tersebut mungkin jarang kita sedari.

Kalau PCOS ovari menghasilkan lebih banyak hormon lelaki, ia akan menyebabkan wanita berhenti mengovulasi,menghidap jerawat dan tumbuh bulu berlebihan pada muka dan badan. Selain itu, kita juga boleh menghadapi masalah penggunaan insulin atau dikenali rintangan insulin. Ia menyebabkan tubuh tidak dapat menggunakan insulin dengan baik, kandungan gula dalam darah bertambah dan meningkatkan risiko diabetes.

Gejala-gejala yang sering berlaku akibat daripada PCOS ialah masalah jerawat dan pigmentasi serta keguguran rambut sehingga botak menyerupai lelaki dan tekanan.

Di samping itu, PCOS juga boleh menyukarkan untuk hamil. Ia berlaku apabila ovari membengkak disebabkan ovum terperangkap di dalam dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. PCOS boleh menyebabkan masalah berat badan yang berlebihan dari bahagian bawah. Ibarat dua biji buah lemon dicucuk dua lidi.

RAWATAN UNTUK PCOS

Punca sebenar berlakunya PCOS masih tidak diketahui. Tetapi, terdapat beberapa faktor yang mungkin boleh mengundang PCOS berlaku iaitu:-

  • Pengambilan makan yang mengandungi karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan.
  • Tekanan fizikan dan mental
  • Merokok
  • Kurang bersenam
Langkah pertama yang boleh diambil ialah mengubah segala tabiat buruk seperti berhenti merokok, sentiasa bersenam dan mengambil vitamin tambahan yang sesuai.

VITAMIN YANG DICADANGKAN


KEISTIMEWAAN GLA SHAKLEE

GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang mengandungi lebih dari 2 ganda GLA dalam EPO.
Borage adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.
Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA adalah sumber terbaik Omega-6. Ia digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

KEBAIKANNYA

Memperbaiki simptom PMS,melambatkan menopaus, mencegah kanser,menghalang komplikasi diabetes, menghalang berat badan.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Selasa, 19 November 2013

TERUJA UNTUK HAMIL LAGI!!



Dulu semasa mengandungkan anak pertama, saya sangatlah kurang prihatin terhadap mana-mana suplemen. Hanya mengikut nasihat dari doktor sahaja dan hanya mengambil asid folik. Mungkin ketika itu, kurangnya keprihatinan saya terhadap kualiti kesihatan perlu dititik beratkan. Memandangkan mempunyai sejarah beranak melalui 'tingkap' ni membuatkan saya rasa adalah wajib memastikan kualiti kesihatan yang sebaik mungkin.
Antara sebab-sebab perlunya saya ambil berat ialah:-

a) Sejarah Kehamilan Yang Berisiko - Saya melahirkan kedua-dua anak dengan melalui proses pembedahan dimana yang sulung dikatakan bersaiz besar dan yang kedua pula saya mengalami uri bawah tahap empat (plansenta previa type 4). Hampir-hampir mengalami rahim kena buang. Alhamdulillah pembedahan berjaya dan rahim masih ada.

b) Faktor Umur Yang Semakin Meningkat - Maklumlah umur saya sekarang ialah 33 tahun. Agak muda lagi tapi hampir ke 35 tahun. Bukan apa, ramai doktor-doktor cadangkan waktu yang sesuai mengandung ialah sebelum 35 tahun. Walau bagaimanapun, itu hanya ramalan doktor. Rezeki hak Allah  dan hanyalah DIA yang Maha Mengetahui.

c) Faktor Kesihatan - Sudah pasti kita kena tengok keadaan kesihatan samada boleh berpeluang untuk hamil atau tidak. Yelah...sekarang ni apa-apa penyakit mudah dihidapi. Macam saya, doktor sahkan ada cyst dan masih berada dalam pantauan doktor. Pasti ia berisiko untuk mengandung lagi. Mungkin perlu membuangnya terlebih dahulu then baru boleh mengandung.

Kini, saya rasa masa yang terbaik untuk merancang hamil untuk kali ketiga. Memandangkan saya mempunyai peluang satu kali saja lagi melainkan atas kuasa Allah yang memberi rezeki lebih pada saya. Apa-apa pun saya sangat-sangat bersyukur dan sentiasa menjaga kesihatan saya.

Nak tahu supplemen apa yang saya ambil untuk merancang kehamilan?

Setiap hari saya akan pastikan mengambil beberapa vitamin untuk meningkatkan kesuburan iaitu GLA Complex, Alfalfa, B-Complex, Vita-C danVitalea.


1) B-COMPLEX - Mempunyai 8 komponen penting vitamin B termasuk asid folik dan 100% biotin. Asik Folik memang penting untutk sintesis DNA dan pembahagian sel semasa kehamilan. Pengambilan asid folik membantu mengurangkan risiko kecacatan saraf iaitu spina bifida. Sangat penting bagi mereka yang merancang kehamilan.

2) ALFALFA - sangat-sangat membantu dalam mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan dan sebagainya. Ia berperanan dalam menyingkirkan kolestrol dan lemak dalam badan.

3) GLA Complex - membantu mengawal masalah PMS yang sering dialami wanita dan ia membantu mengawal selia estogen dan testosteron. Menghasilkan cecair kesuburan yang mampu meningkatkan ketahanan sperma berasa lebih lama dalam tiub falipio.

4) VITA-C - membantu membersihkan  dan membaiki sel-sel di dalam badan.

5) VITALEA - bertindak sebagai multivitamin dan memastikan semua nutrien yang diperlukan hari ini.

Insya'allah..dengan mengamalkan semua nutrien ini dan memperbanyakkan doa kepada Allah s.w.t, nescaya keinginan untuk hamil adalah besar.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Jumaat, 15 November 2013

KEMULIAAN HARI JUMAAT

" SESUNGGUHNYA PADA HARI JUMAAT ITU ADA SATU SAAT APABILA SESEORANG ITU SEDANG SEMBAHYANG MEMOHON SESIATU KEPADA ALLAH, NESCAYA AKAN DIPERKENANKAN DOANYA"

Hari Jumaat sebenarnya dianggap Hari Raya mingguan dalam islam. Ia juga digelar sebagai Yaumul Mazid iaitu hari pemberian tambahan kerana di hari berkenaan Allah s.w.t mengurniakan limpahan rahmat-NYA yang tidak terhingga kepada hambanya yang bertakwa.

Bayangkan, setiap hari jumaat di pagi-pagi lagi Allah mengutuskan para malaikat untuk mencatat nama orang-orang yang pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Hari jumaat juga segala permintaan dan doa yang dipohonkan seseorang pasti akan dikabulkan sekiranya bertepatan dengan waktu.Selain itu, ia merupakan hari terlepas dari seksa kubur berdasarkan sebuah hadis nabi, Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Barang siapa meninggal dunia pada hari jumaat, ditulis untuknya sebagai mati syahid dan diselamatkan dari seksa kubur"

PERKARA SUNAT YANG SEHARUSNYA DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT

1) Mengelokkan rupa paras serta membersihkan anggota tubuh badan seperti memotong kuku, mengandam misai dan merapikan janggut, mencabut bulu ketiak serta mencukur bulu ari-ari dan sebagainya.

2) Mandi sunat Jumaat dan mengenakan pakaian yang bersih dan cantik serta memakai bau-bauan. Seelok-eloknya memakai pakaian berwarna putih.

3) Keluar ke masjid dengan niat untuk menunaikan solat jumaat pada awal waktunya secara berjalan kaki atau berkenderaan dengan rasa tenang hati dan sopan

4) Memperbanyakkan zikir,berselawat, bertahmid dan beristigfar. Rasulullah s.a.w bersabda yang menyatakan bahawa sesiapa yang banyak beristigfar,Allah akak membuka jalan keluar pada setiap masalah yang dihadapinya, digembirakan sekiranya dia mengalami kedukaan dan akan dilimpahi dengan rezeki yang banyak.

5) Membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari jumaat, maka memancarlah cahaya dari bawah tapak kakinya hingga ke puncal langit. Cahaya itu terud menyinarinya pada hari kiamat dan diampunkan dosanya diantaea dua jumaat.

6) Memperbanyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t pada malam dan siangnya.

7) Melakukan solat sunat empat rakaat sebelum solat jumaat dan empat lagi selepas solat jumaat.

8) Bagi mereka yang mengantuk ketika mendengar khutbah, disunatkan supaya berpindah tempat.

9) Sunat membaca surah Al  Fatihah, Al-Ikhlas, Al Falaq dan An Nas setiap satunya sebanyak tujuh kali selepas memberi salam solat jumaat.

Diharap kita semua akan diberkati dan dirahmat pada hari jumaat ini sehinggalah bertemu jumaat seterusnya...

GAJI DITENGAH BULAN!!!!


Syukur alhamdulillah dan tumpang rasa gembira pada rakan-rakan yang dapat gaji tengah bulan. Ada ke majikan yang sudi memberi gaji tengah bulan? Aha..pasti lah ada. Majikan yang dimaksudkan ialah SHAKLEE. Apa taknya, hari ini pasti ramai yang tersenyum lebar sebab dapat ganjaran setelah berhabisan berusaha. 

Nak tahu lebih lanjut tentang gaji tengah bulan? Kalau nak tahu kena lah hubungi saya. Saya boleh kongsikan maklumat tersebut pada korang semua. Iye la, ikut logiknya manalah ada majikan yang nak bayar gaji ditengah-tengah bulan. Kebiasaannyanya, akhir bulan.

Dengan SHAKLEE, bukan setakat dapat $$$$ secara tunai. Ada juga yang berjaya dapat kereta dan pergi lawatan. Huis..best kan??? 


Melihatkan rakan-rakan yang telah berjaya secara tidak langsung menguatkan semangat saya untuk terus berusaha dan berusaha. Di harap cas-cas positif sentiasa bercambah di dalam jiwa saya agar suatu hari nanti saya juga mampu bergelar seperti mereka yang telah berjaya.


Berani mencuba juga merupakan seorang yang berjaya...