Selasa, 19 November 2013

TERUJA UNTUK HAMIL LAGI!!



Dulu semasa mengandungkan anak pertama, saya sangatlah kurang prihatin terhadap mana-mana suplemen. Hanya mengikut nasihat dari doktor sahaja dan hanya mengambil asid folik. Mungkin ketika itu, kurangnya keprihatinan saya terhadap kualiti kesihatan perlu dititik beratkan. Memandangkan mempunyai sejarah beranak melalui 'tingkap' ni membuatkan saya rasa adalah wajib memastikan kualiti kesihatan yang sebaik mungkin.
Antara sebab-sebab perlunya saya ambil berat ialah:-

a) Sejarah Kehamilan Yang Berisiko - Saya melahirkan kedua-dua anak dengan melalui proses pembedahan dimana yang sulung dikatakan bersaiz besar dan yang kedua pula saya mengalami uri bawah tahap empat (plansenta previa type 4). Hampir-hampir mengalami rahim kena buang. Alhamdulillah pembedahan berjaya dan rahim masih ada.

b) Faktor Umur Yang Semakin Meningkat - Maklumlah umur saya sekarang ialah 33 tahun. Agak muda lagi tapi hampir ke 35 tahun. Bukan apa, ramai doktor-doktor cadangkan waktu yang sesuai mengandung ialah sebelum 35 tahun. Walau bagaimanapun, itu hanya ramalan doktor. Rezeki hak Allah  dan hanyalah DIA yang Maha Mengetahui.

c) Faktor Kesihatan - Sudah pasti kita kena tengok keadaan kesihatan samada boleh berpeluang untuk hamil atau tidak. Yelah...sekarang ni apa-apa penyakit mudah dihidapi. Macam saya, doktor sahkan ada cyst dan masih berada dalam pantauan doktor. Pasti ia berisiko untuk mengandung lagi. Mungkin perlu membuangnya terlebih dahulu then baru boleh mengandung.

Kini, saya rasa masa yang terbaik untuk merancang hamil untuk kali ketiga. Memandangkan saya mempunyai peluang satu kali saja lagi melainkan atas kuasa Allah yang memberi rezeki lebih pada saya. Apa-apa pun saya sangat-sangat bersyukur dan sentiasa menjaga kesihatan saya.

Nak tahu supplemen apa yang saya ambil untuk merancang kehamilan?

Setiap hari saya akan pastikan mengambil beberapa vitamin untuk meningkatkan kesuburan iaitu GLA Complex, Alfalfa, B-Complex, Vita-C danVitalea.


1) B-COMPLEX - Mempunyai 8 komponen penting vitamin B termasuk asid folik dan 100% biotin. Asik Folik memang penting untutk sintesis DNA dan pembahagian sel semasa kehamilan. Pengambilan asid folik membantu mengurangkan risiko kecacatan saraf iaitu spina bifida. Sangat penting bagi mereka yang merancang kehamilan.

2) ALFALFA - sangat-sangat membantu dalam mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan dan sebagainya. Ia berperanan dalam menyingkirkan kolestrol dan lemak dalam badan.

3) GLA Complex - membantu mengawal masalah PMS yang sering dialami wanita dan ia membantu mengawal selia estogen dan testosteron. Menghasilkan cecair kesuburan yang mampu meningkatkan ketahanan sperma berasa lebih lama dalam tiub falipio.

4) VITA-C - membantu membersihkan  dan membaiki sel-sel di dalam badan.

5) VITALEA - bertindak sebagai multivitamin dan memastikan semua nutrien yang diperlukan hari ini.

Insya'allah..dengan mengamalkan semua nutrien ini dan memperbanyakkan doa kepada Allah s.w.t, nescaya keinginan untuk hamil adalah besar.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan