" SESUNGGUHNYA PADA HARI JUMAAT ITU ADA SATU SAAT APABILA SESEORANG ITU SEDANG SEMBAHYANG MEMOHON SESIATU KEPADA ALLAH, NESCAYA AKAN DIPERKENANKAN DOANYA"
Hari Jumaat sebenarnya dianggap Hari Raya mingguan dalam islam. Ia juga digelar sebagai Yaumul Mazid iaitu hari pemberian tambahan kerana di hari berkenaan Allah s.w.t mengurniakan limpahan rahmat-NYA yang tidak terhingga kepada hambanya yang bertakwa.
Bayangkan, setiap hari jumaat di pagi-pagi lagi Allah mengutuskan para malaikat untuk mencatat nama orang-orang yang pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Hari jumaat juga segala permintaan dan doa yang dipohonkan seseorang pasti akan dikabulkan sekiranya bertepatan dengan waktu.Selain itu, ia merupakan hari terlepas dari seksa kubur berdasarkan sebuah hadis nabi, Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Barang siapa meninggal dunia pada hari jumaat, ditulis untuknya sebagai mati syahid dan diselamatkan dari seksa kubur"
PERKARA SUNAT YANG SEHARUSNYA DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT
1) Mengelokkan rupa paras serta membersihkan anggota tubuh badan seperti memotong kuku, mengandam misai dan merapikan janggut, mencabut bulu ketiak serta mencukur bulu ari-ari dan sebagainya.
2) Mandi sunat Jumaat dan mengenakan pakaian yang bersih dan cantik serta memakai bau-bauan. Seelok-eloknya memakai pakaian berwarna putih.
3) Keluar ke masjid dengan niat untuk menunaikan solat jumaat pada awal waktunya secara berjalan kaki atau berkenderaan dengan rasa tenang hati dan sopan
4) Memperbanyakkan zikir,berselawat, bertahmid dan beristigfar. Rasulullah s.a.w bersabda yang menyatakan bahawa sesiapa yang banyak beristigfar,Allah akak membuka jalan keluar pada setiap masalah yang dihadapinya, digembirakan sekiranya dia mengalami kedukaan dan akan dilimpahi dengan rezeki yang banyak.
5) Membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari jumaat, maka memancarlah cahaya dari bawah tapak kakinya hingga ke puncal langit. Cahaya itu terud menyinarinya pada hari kiamat dan diampunkan dosanya diantaea dua jumaat.
6) Memperbanyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t pada malam dan siangnya.
7) Melakukan solat sunat empat rakaat sebelum solat jumaat dan empat lagi selepas solat jumaat.
8) Bagi mereka yang mengantuk ketika mendengar khutbah, disunatkan supaya berpindah tempat.
9) Sunat membaca surah Al Fatihah, Al-Ikhlas, Al Falaq dan An Nas setiap satunya sebanyak tujuh kali selepas memberi salam solat jumaat.
Diharap kita semua akan diberkati dan dirahmat pada hari jumaat ini sehinggalah bertemu jumaat seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan