Khamis, 5 September 2013

5 PENYAKIT UTAMA WANITA!!!!

Cik!! Puan!! Amoi!! Nyonya!!...Itu semua hanyalah pangilan yang berbeza sahaja. Tapi maksudnya tetap sama merujuk kepada seseorang wanita atau perempuan. Sedar atau tidak, kita sebagai wanita pun sentiasa diburui oleh banyak penyakit-penyakit yang membahaya. Nampak jer sihat, tapi ada sakit yang tersembunyi dan dirahsiakan.

5 penyakit utama yang sering dihidapi oleh wanita iaitu:-

1) Fibroid - Penyakit ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku didalam rahim wanita. Sering menyerang wanita dalam lingkungan umur antara 30 tahun hingga 40 tahun.


2) Endometriosis - Suatu keadaaan dimana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita. Simptom utamanya ialah senggugut dan sakit pada bahagian pelvik.


3) Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) - Merupakan gangguan hormon yang sering menggangu wanita dan merupakan penyebab kepada ketidaksuburan. Gejala yang berlaku adalah berbeza-beza antaranya kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur, jerawat yang teruk dan kronik, kegemukan, keguguran yang berulangan dan sebagainya.


4) Anorexia - Penyakit tiada selera dan gangguan makan akibat kesan psikologi dan fizikal yang teruk. Gangguan tersebut berlaku akibat daripada peraturan diri sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet.


5) Menopaus - Suatu keadaan berlaku apabila seseorang wanita berhenti mengeluarkan haid pada waktu pertengahan usianya. Ia berlaku secara tak menentu dan bergantung pada seseorang individu yang mana ada berlaku secara perlahan dan ada juga secara mendadak. Kesan utama yang berlaku ialah gangguan hormon, badan dan perasaan seseorang wanita itu.Oleh itu, adalah penting bagi suami isteri memahami dan mengetahui tentang menopaus.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan