Ahad, 22 September 2013

WANITA DAN SAKIT JANTUNG

Pada kebiasaannya kita sering mendengar yang sakit jantung  biasa menimpa kaum lelaki. Tetapi, hari ini kaum perempuan juga berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Penyebab utama penyakit jantung adalah penyempitan atau sekatan pada arteri koronari, pembuluh darah yang membekalkan darah kepada jantung. Keadaan inu dikenali sebagai penyakit arteri koronari dan berlaku dengan pelahan-lahan seiring dengan masa. Ia juga adalah punca utama serangan  jantung.


GEJALA-GEJALA SAKIT JANTUNG

Sakit dada merupakan gejala yang biasa dialami sebelum berlakunya serangan jantung. Walaubagaimanapun, ada sesetengah wanita mengalami serangan jantung tanpa mengalami sakit dada. Hakikatnya, dua pertiga kematian berkaitan serangan jantung di kalangan wanita berlaku tanpa mengalami sakit dada.
Terdapat beberapa gejala lain yang perlu diketahui selain daripada sakit dada. Antaranya ialah:-
  • rasa sukar untuk bernafas
  • rasa sakit disekitar leher, rawang atau bahagian atas belakang
  • loya,muntah-muntah atau masalah tidak cerna
  • perpeluhan yang tidak dapat diterangkan
  • kelesuan yang amat sangat atau tiba-tiba
FAKTOR-FAKTOR RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Terdapat faktor-faktor risiko sakit jantung yang perlu diketahui oleh kita. Antaranya ialah kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi dan obesiti memberi kesan kepada wanita mahupun lelaki. Tetapi, terdapat juga faktor sampingan yang mempunyai kesan yang lebih besar kepada wanita dalam pembentukan penyakit jantung. Faktor-faktor tersebut ialah:-
  • tekanan mental dan kemurungan
  • hipertensi
  • sindrom metabolik iaitu kombinasi lemak di sekeliling abdomen, tekanan darah tinggi,gula dalam darah tinggi dan trigliserid tinggi
  • wanita yang merokok berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung jika dibandingkan dengan wanita yang tidak merokok
  • tahap remdah estrogen selepas menopaus.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan