Jumaat, 20 September 2013

Bukan Kerana Soya


Bukan kerana soya??? Kenapa dengan soya??? Saya pernah terbaca di satu artikel yang menyatakan soya boleh menjadi punca kepada berlakunya kanser.

Apabila selesai membaca, beribu persoalan menerpa di kotak fikiran saya. Alangkah mudah diri seseorang itu mendapat penyakit kanser. Hanya mengambil permakanan yang mengandungi soya???
Pasti ramai penggemar soya berhenti atau menolak makanan yang disukai mereka.


Tapi, semua itu tidak benar!!! Soya bukan salah satu sumber penyebab segala kanser. Di sini, saya nak kongsi sedikit info iaitu kriteria-kriteria yang perlu tahu dalam memilih pemakanan berasaskan soya.

Terdapat 7 kriteria yang perlu diketahui dalam memilih makanan yang berasaskan soya:

1) Kacang soya yang ditanam secara organik
Kacang soya yang baik berpunca daripada cara penanamannya iaitu secara organik. Apabila soya tanam secara organik, ia tidak mengandungi kandungan bahan kimia. Semua orang tahu bahawa bahan kimia boleh menyebabkan nutrisi makanan berkurang. Akibat daripada pengunaan racun serangga dan sebagainya boleh mengundang ke arah berlakunya kanser.

2) Kacang soya itu mestilah tidak dihasilkan secara genetik (Non GMO)
Setiap kali memilih makanan berasaskan soya, kita perlu pastikan yang soya tersebut tidak dihasilkan secara genetik (Non GMO - Non Genetically Modified Organism). Ia adalah penting kerana kebanyakkan soya yang dihasilkan secara genetik dikatakan murah dan menpunyai kandungan vitamin sintetik dan natural yang kurang.

3) Protin soya mestilah mengandungi 9 asid amino yang diperlukan
Kriteria ini sangat penting. Tubuh badan manusia memerlukan 9 asid amino bagi menghasilkan hormon, jus penghadaman,antibodi dan enzim. Sekiranya salah satu asas asid amino hilang, ia akan menyebabkan sistem imun badan menurun sebanyak 30% dan banyak fungsi penting tubuh badan akan terganggu.

4) Proses pembuatan pengasingan soya yang dilakukan secara sihat
Dalam proses pembuatan pengasingan soya, perlu dipastikan soyflake dibersihkan dengan air sahaja bukan dengan alkohol dan sebagainya. Mungkin ada sesetengah pengeluar yang mencuci dengan menggunakan alkohol sebagai agen pencuci. Alkohol adalah haram dan ia juga boleh menyebabkan kandungan isoflavon musnah sebanyak 88%. Isoflavon adalah diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan sebagainya. Ia juga penting dalam mengimbangi hormon dan menaikkan berat tulang.

5) Bahan anti-tiroid/bahan anti pertumbuhan mesti disingkirkan
Kebiasaannya, soya yang mentah mengandungi bahan anti pertumbuhan dan anti tyrosine. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah dan sebagainya. Jadi, adalah penting bagi memilih jenama produk soya yang boleh menyingkirkan bahan tersebut meskipun dalam waktu sama, kandungan soya yang mentah adalah penting bagi mengekalkan kandungan tinggi asid amino dan isoflavon yang sensitif terhadap haba.

6) Proses pembuatan protin soya tanpa pemanasan
Asid amino sangat sensitive dengan suhu yang panas. Dalam satu kajian, protin soya yang diproses dengan menggunakan pemanas ia boleh memusnahkan 50% daripada kandungan asid amino. Akibat dari itu, seseorang yang kekurangan asid amino boleh menyebabkan pembangunan otak tidak mencukupi, hormon dan pembangunan tisu-tisu badan turut terganggu.

7) Perlunya kandungan kalsium dalam pengasingan soya
Satu kajian atau artikel menyatakan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh itu, adalah penting unsur-unsur kalsium yang secukunya ditambah dalam protin soya bagi meneutralkan serbuk soya tersebut. 

Kredit to Kak Cery

So, bagi semua pengemar-pengemar soya. Pastikan semua kriteria diatas difahami dan dikenalpasti sebelum anda membeli sebarang produk berasaskan soya. Jika tidak? Anda juga berisiko untuk mengidapi kanser.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan