Pasti korang tak percaya dan boleh dikatakan setiap orang mempunyai organ tersebut. Organ yang dimaksudkan ialah LEMAK DI PERUT. Huh...bahayanya!!! Macam mana pulak lemak tu dikatakan sebagai organ?? Pelik!!
Menurut kajian Dr. Robert R. Hendry, apabila kita makan dengan banyak. Kalori yang berlebihan akan tersimpan sebagai lemak di seluruh tubuh, terutamanya di bahagian perut. Rupa-rupanya, apabila lemak tersebut berada di dalam perut, lemak terebut berubah menjadi sebahagian daripada organ.
Yang menakutkannya ialah, fungsi lemak tersebut bukan seperti perut, hati atau usus yang membantu kita meneruskan kehidupan. Lemak di perut telah merembeskan bahan inflamasi bertoksik. Ibarat kilang-kilang mengeluarkan asap tercemar di udara la..
Secara tidah langsung, lemak tersebut telah memberi impak besar dalam kehidupan dimana ia boleh mengakibatkan:-
- Lemah Jantung
- Merosakkan salur darah
- Melemahkan sistem imun
So, mulai hari ini kita sentiasa la beringat bahawa lemak di perut secara tak langsung boleh menyebabkan jangka hayat kita semakin pendek. Semakin besar perut dek lemak, semakin pendek jangka hayat hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan