Selasa, 29 Oktober 2013

STROK: KENALINYA DAN USAH TUNGGU & LIHAT

STROK merupakan satu keadaan dimana secara tiba-tiba seseorang itu mengalami lumpuh sebelah kanan badan atau sebaliknya. Tapi, kadang-kadang ada juga yang saya dengar ada orang yang kena strok muka dan strok lidah. 

Menurut Pakar Bedah Neurosugeri dan Pensyarah Kanan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Ainul Syahrifazli Jaafar, STROK merupakan sindrom klinikal yang menyerang pesakit melebihi 24 jam. Ia juga dikenali sebagai 'serangan otak' kerana ia berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu. (Sumber: ISihat, November 2013)



Terdapat 2 jenis serangan Strok iaitu Strok iskemia iaitu salur darah tersumbat dan strok berdarah yang melibatkan salur darah pecah. Ia juga berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Tambahan lagi, kebiasaaannya ia berlaku adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya.

Manakala, strok berdarah (Haemorrage) terjadi apabila salur darah di dalam otak atau sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberikan tekanan pada dinding arteri secara tidak langsung menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.

Di negara kita, kebanyakkan pesakit mengalami strok berdarah berbandingkan strok iskemia. Masalahnya, sering berlaku kekeliruan di kalangan pesakit tentang tanda-tanda awal stok dengan penyakit lain seperti jantung. Contohnya, pesakit sakit dada sering mengadu dan mendapatkan rawatan kerana bimbang mengalami serangan jantung. Tapi, ramai yang mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dan tidak segera mendapatkan rawatan apabila gejala-gejala strok itu terjadi.

BERTINDAK SEBELUM TERLEWAT!!!

Strok tidak mengenali usia dan ia juga tidak mengenali waktu. Semua ini mungkin boleh berlaku, mungkin saya dan juga mungkin anda. Menurut kebiasaannya, strok masih mempunyai harapan untuk pulih sekiranya pesakit dihantar ke hospital sebelum 4 jam. Tapi, sekiranya lebih dari 24 jam, ia bergantung pada jenis serangan stoknya.

Bagi tindakan lebih pantas, Teknik FAST mungkin boleh digunakan apabila korang melihat tanda-tanda awal strok dialami seseorang pesakit.


F FOR FACE - Raut wajah akan berubah menjadi semakin senget. Ini menandakan otak tersebut telah mula diserang. Tindakan : Meminta pesakit senyum

A FOR ARMS - Anggota badan seperti tangan dan kaki mula merasa kebas dan sukar melakukan pergerakan seperti biasa. Tindakan : Minta pesakit mengangkat atau menggerakkan kedua belah tangannya.

S FOR SPEECH - Pesakit mula mengalami masalah pertuturan seperti pelat, butir bicara tidak terang dan payah untuk bertutur. Tindakan: Meminta pesakit menyebut perkataan yang mudah.

T FOR TIME TO CALL 999 - Segeralah mendail nombor kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Jangan lengahkan waktu.

Apa yang penting kita semua perlu mengawal faktor utama yang boleh menyumbangkan kepada strok iaitu diabetes, darah tinggi, paras kolestrol dan tabiat merokok. Ayuh kawan kita boleh mengubahkannya...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

NUTRIFERON: SI MANIS BIJI LABU

Hari ini hari yang sangat memenatkan bagi saya sampaikan rasa nak demam. Padahal bukan lah buat kerja berat pun. Tengah duduk berehat teringatkan bekalan supplement SHAKLEE dalam almari. Belek-belek, terjumpa sebungkus NUTRIFERON. Apa rasa dia yer? Maklumlah, seumur hidup tak pernah rasa dan sachet tu pun pemberian dari seorang rakan. Terasa nak mencuba dan rasanya sangat sesuai masa nak demam.



Manis,sedap itulah rasanya. Patut pun anak-anak saya pun suka. Sedap rupanya penemuan Dr. Yasuhiko Kojima ni. Kalau rasanya dah sedap, pasti kandungannya berasaskan bahan yang baik dan menyihatkan.

NAK TAHU KANDUNGAN DAN MANFAATNYA?

Dr. Kojima telah berjaya mengekstrakkan 4 tumbuhan semulajadi iaitu biji labu, biji plantago asistica, bunga honeysuckle Jepun dan bunga Safflower. Semuanya diadun hingga menjadi NUTRIFERON dan  ianya 100% bahan semulajadi.


Setiap bahan mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti berikut:-

BIJI LABU - Merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh, menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.

BIJI PLANTAGO ASIATICA - Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.

BUNGA HONEYSUCKLE JEPUN - Menentang pencerobohan virus dan kuman

BUNGA SAFFLOWER - Menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.

Setakat hari ini, tak pernah lagi saya dengar mana-mana syarikat yang keluarkan produk khas untuk imun badan melainkan SHAKLEE. So, apa yang perlu diingatkan ialah....

Peringatan untuk sesiapa yang berminat dengan NUTRIFERON: - IA HANYA ADA DI SHAKLEE SAHAJA!!!!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Ahad, 27 Oktober 2013

NUTRIFERON - TINGKATKAN ANTIBODI ANDA

NUTRIFERON??? Macam pernah dengar..tapi apa dia tu? Sekarang ni ramai orang asyik sebut-sebut pasal NUTRIFERON. Nak tahu kenapa diaorang asyik selalu sebut pasal nutriferon? Sebenarnya diorang tu sukakan nutriferon untuk gantikan panadol bila sakit ataupun demam. Aha.. mesti korang hairankan? Biasanya bila demam ke, selsema ke telan jer panadol terus hilang. Tapi, korang lupa kalau kita terlalu bergantung pada panadol, secara tak langsung ia akan memberi kesan yang buruk pada kesihatan kita.

BAHAYA PANADOL/PARACETAMOL

Semua orang kenal dan tahu panadol. Mungkin ada yang jarang dengar paracetamol. Tapi kedua-duanya adalah benda yang sama. Bahayanya pengambilan panadol atau paracetamol apabila ia diambil tanpa nasihat dari doktor dan melebihi dos yang sepatutnya. Persoalan sekarang, bagaimana caranya kita mengawalnya dari terlalu bergantung padanya. 



LUPAKAN PANADOL INGATLAH NUTRIFERON


Ni lah nutriferon yang orang lain asyik sebut tu. Nutriferon merupakan satu formula eksklusif dan hanya dipatenkan oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee sahaja. Ingat tu, INGAT NUTRIFERON, INGATLAH SHAKLEE...

Ada 5 Sebab kenapa harus ada Nutriferon di rumah korang...

1) Terbukti Daripada 4 Kajian Klinikal Pada Manusia - Campuran fitonutrien yang berkesan dan             selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang     luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di           dalam Nutriferon.

2) Meningkatkan Paras Interferon Secara Semulajadi - Para saintis dan komuniti perubatan telah               mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. Nutriferon                 merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh         menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

3) Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon - Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr.                 Yosuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon iaitu pada tahun 1954 semasa            beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.

4) Rumusan Berpaten Yang Eksklusif - Nutriferon tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya       boleh didapati melalui SHAKLEE. Rumusan berpaten Nutriferon yang unik adalah eksklusif kepada             SHAKLEE. Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan,            keberkesanan dan prestasi.

5) 40 Tahun Kajian - Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatan       semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak                 tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.

Kini, satu kajian baru dilakukan menyatakan Nutriferon telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) - menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

KOMPONEN HEBAT UNTUK IMUN ANDA

Dalam umur aku 33 tahun sikit pun saya tak pernah nak ambil tahu tentang penyakit-penyakit yang ada dalam dunia ini. Yang tahu hanyalah yang glamer-glamer jer macam darah tinggi, kencing manis dan macam-macam lagi lah. Setiap penyakit pasti ada punca dan penyumbang atau penggalak bagi penyakit-penyakit tu. Tapi semua itu bergantung pada benteng atau daya tahanan badan seseorang tu. Macam askar menjadi benteng pada negara lah... Kenalah kuat...

Benteng pertahanan bagi tubuh badan kita apa yer? Kulit? Kulit kena api pun melecur. Tak kuat tu...Tulang? Tulang kalau kurang kalsium pun boleh reput. Habis tu apa? Sistem Imun!!! Korang tau ke apa itu SISTEM IMUN? Aha..Post yang lepas ada cerita tentang penyakit-penyakit yang berkait dengan sistem imun. Sungguh dasyat, rupa-rupanya sistem imun ni adakalanya boleh membunuh diri kita sendiri yer. 

So, cepat-cepatlah cegah agar sistem imun kita sentiasa dipelihara dan seimbang sepanjang masa. Sebab, apabila sistem imun kita lemah mungkin secara tak langsung ia boleh memberi impak besar dalam kehidupan seharian kita. Pengambilan makanan yang sihat adalah antara faktor yang boleh mencegah diri kita daripada penyakit-penyakit imun. Selain itu, suplemen-suplemen kesihatan, pengambilan vitamin dalam harian kita juga adalah faktor yang harus digalakkan.

Mengikut program SHAKLEE, terdapat beberapa jenis vitamin yang dihasilkannya boleh membantu serta mengukuhkan sistem imun kita. Ia terdiri daripada:


a) Nutriferon - Satu formula eksklusif Shaklee yang banyak digunakan  untuk merawat penyakit hepatitis, kanser dan sebagainya.
b) Carotomax - Mengandungi 6 varieti karotena yang diekstrak dari rangkaian sayurandan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant.
c) Sustained Release Vita-C 500mg  - Setiap tablet Vita -C mengandungi 7.5 hidangan dan pembebasan 1.5 vitamin C dalam tubuh kita setiap jam.
d) Vita-E Complex -  Merupakan vitamin E yang paling lengkap di pasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi.
e) Garlic - dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun dan ditanam secara organik.Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba.
f) Zinc Complex - Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan mutrien semulajadi yang lain.

Dah tau komponen penting yang perlu diambil dalam harian korang? Meh order dengan saya kalau belum lagi?

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

SISTEM IMUN: PENYAKIT YANG BERKAIT DENGANNYA

Siapa sangka dalam sihat-sihat rupanya ada penyakit yang menyerang. Sudah ketentuan dariNYA setiap hambanya akan diduga tanpa kira tempat, waktu dan sebagainya. Korang tau tak alahan? Elergi? Alahan merupakan kesan daripada tindak balas berlebihan sistem imun kepada bahan asing yang tidak merbahaya.

Penyakit yang berkaitan dengan sistem imun dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu:-

a) PENYAKIT AUTOIMUM

Sistem imun boleh membantu antibodi yang sepatutnya menentang penyakit. Tapi, ia juga mungkin boleh menyerang tisu-tisu tubuh badan sendiri. Berikut adalah penyakit-penyakit autoimun:-

NO.
NAMA PENYAKIT
RINGKASAN
1
ARTRISTIS REUMATOID
* Sistem imun yang menghasilkan antibodi yang melekat pada pelapik sendi.                                                                                    
* Sel-sel sistem menyerang sendi-sendi yang mengakibatkan keradangan, pembengkakkan dan kesakitan.                                                                                             
* Boleh menyebabkan kerosakkan sendi berkekalan jika tidak dirawat.                                                                                  
2
SISTEMIK LUPUS ERYTHEMATOSUS (LUPUS)
* Antibodi autoimun melekat pada tisu di seluruh tubuh.                                          * Sendi-sendi,paru-paru, sel-sel darah,saraf-saraf dan buah pinggang mendapat kesan akibat lupus.
3
PENYAKIT KERADANGAN USUS (IBD)
* Sistem imun menyerak pelapik usus yang menyebabkan diarea(cirit-birit), pendarahan rektum, pergerakkan isi perut secara tiba-tiba,demam, sakit pada perut dan kehilangan berat badan.                                                                                                   
* Kolitis berulser dan penyakit Crohn merupakan dua bentuk utama IBD.
4
SKLEROSIS BERBILANG(MS)
* Sistem imun yang menyerang sel-sel saraf menyebabkan gejala-gejala yang boleh melibatkan kesakitan, kebutaan, kelemahan dan kekejangan otot.
5
DIABETES MELLITUS TAHAP SATU
* Antibodi sistem imun yang menyerang dan merosakkan sel-sel penghasilan insulin dalam pankreas.                                                                                                                   * Pesakit memerlukan bekalan suntikan insulin untuk hidup
6
SINDROM GUILLAIN BARRE
* Sistem imun menyerang saraf-saraf yang mengawal otot-otot dalam kaki dan kadangkala tangan dan bahagian atas tubuh.                                                                                                               
* Penapisan darah dengan prosedur yang dikenali sebagai plasmapheresisadalah rawatan utama bagi sindrom ini.
7
PSORLASIS
* Sel-sel darah sistem imun terlebih aktif dikenali sebagai sel-sel T dikumpulkan dalam kulit.                                                                                         * Ia mudah membiak dan menghasilkan plak bersisik berwarna perak pada kulit.
8
PENYAKIT GRAVES
* Sistem imun yang mengrangsang kelenjar tiroid untuk melepaskan jumlah hormon tiroid berlebihan dalam darah (hipertiroidism).                                                                                           
* Antara gejala-gejalannya ialah mata tersembul,kehilangan berat badan,rasa gelisah,kerengsaan, degupan jantung cepat, kelemahan dan rambut rapuh.
9
TIROIDITIS HASHIMOTO
* Antibodi yang menyerang kelenjar tiroid secara perlahan merosakkan sel-sel yang menghasilkan hormon tiroid. Tahap tiroid yang rendah (hipotiroidism).                                                      
* Gejalanya ialah kelesuan, penambahan berat badan, kemurungan, kulit kering dan sensitif kepada kesejukan.

b) PENYAKIT KECACATAN IMUN

Kecacatan imun boleh terjadi sejak lahir sebagai penyakit genetik. Penyakit kecacatan juga boleh memudahkan diri mendapat jangkitan. Berikut adalah penyakit yang berkaitan dengan kecacatan imun:-

NO.
NAMA PENYAKIT
RINGKASAN
1
SEVERE COMBINED IMMU-NODEFICIENCY (SCID)
Kecacatan teruk pada pelbagai bahagian dalam sistem imun. Bayi dengan SCID mati akibat jangkitan yang amat teruk yang kebiasaannya sebelum mencapai usia setahun.
2
COMMON VARIABLE IMMU-NODEFICIENCY (CVID)
Kecacatan genetik yang menghasilkan terlalu sedikit antibodi untuk menyerang penyakit atau jangkitan. Antara gejala-gejalanya ialah jangkitan pada telinga, paru-paru, hidung , mata, dan organ-organ lain.
3
HIV/AIDS
HIV menyerang dan merosakkan sel-sel sistem imun yang biasanya melawan jangkitan.
4
KECACATAN IMUN DICETUSKAN OLEH UBAT
Ubatan yang menyerang sistem imun memberi kesan dalam peningkatan peluang jangkitan.
5
PENYAKIT CANTUMAN LAWAN PERUMAH
Selepas pemindahan tulang sum-sum, sel-sel sistem imun penderma akan menyerang tisu-tisu penerima organ.

Jadi, kenal pasti setiap gejala-gejala yang boleh menyebabkan korang berkemungkinan mengidap antara penyakit-penyakit seperti di atas. Maka, kita semua harus mencegah dari semua ini terjadi dan mungkin banyak faktor yang perlu kita ambil berat dalam kehidupan seharian kita.

"KESIHATAN DATANGNYA DARI ALLAH"

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Sabtu, 12 Oktober 2013

SYARIAT DALAM BERPAKAIAN

Coretan ini hanyalah untuk perkongsian bersama. Mungkin saban hari kita leka dalam setiap apa yang kita lakukan. Mungkin juga kita tidak begitu mengambil berat dalam sesuatu perkara.

SYARIAT DALAM BERPAKAIAN
Sebenarnya islam itu amatlah indah dan sangat terperinci sehinggakan bab pakaian juga dititik beratkan. Bukan itu saja malah setiap inci kehidupan dan sekecil-kecil perkara turut boleh dihuraikan. Nauzubillah....begitu hebatnya islam sebagai Agama Yang Teragung.

Menurut sebuah kitab yang dikaryakan oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani iaitu Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah fil Kitabi wa Sunnah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi dalam mengenakan pakaian yang mengikuti syariat.

1) Pakaian yang menutupi seluruh tubuh selain yang dikecualikan

Adalah wajib bagi setiap wanita yang beragama islam menutupi seluruh tubuhnya iaitu auratnya kecuali yang dibenarkan sahaja. Al-Qurthubi berkata: "Pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan." Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a bahawa Asma Binti Abu Bakar menemui Rasulullah  s.a.w  sedangkan dia memakai pakaian yang nipis.
Maka Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan berkata kepadanya:
"Wahai Asma! Sesungguhnya  jika seseorang wanita itu telah mencapai haid, tidak baik jika ada  bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini."
Kemudian  Rasulullah s.a.w  menunjuk wajah dan telapak tangannya.

2) Pakaian itu tidak berfungsi sebagai perhiasan

Firman Allah:
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah." (Al-Ahzab:ayat 33)
Dalam berpakaian, kita tidak boleh berlebih-lebihan serta menampakkan perhiasan dan kecantikan yang wajib ditutupi.

3) Tidak  jarang dan menampakkan bentuk badan

Seorang sahabat, Usamah bin Zaid berkata: Radulullah pernah membetiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau.
Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi s.a.w bertanya kepadaku:
"Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah?"
Aku menjawab:
"Aku pakaikan baju itu pada isteriku."
Nabi s.a.w lalu bersabda:
"Perintahkan ia agar mengenskan bajy dalam di balik Quthbiyah itu, kerana saya khawstir baju itu madih boleh menggambarkan bentuk tulangnya." (Riwayat Ahmad dan Al-Baihagi dengan sanad Hasan)

4) Tidak berpakaian yang menyerupai sesuatu

Janganlah sesekali berpakaian menyerupai sesuatu. Contohnya, lelaki memakai pakaoan menyerupai wanita.
Dari Abdullah bin Amru yang berkata:
"Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak termasuk golongan kamu para wanita yang menyerupakan diri dengan kaum lelaki dan begitulah sebaliknya.
Maka yang harus kita semua pastikan ialah berpakaian mengikut syariat agak kehidupan kita dipelihara dan mendapat kesejahteraan dari Allah s.w.t.

PENANGAN COLLAGEN POWDER

Bila bercerita tentang kehebatan Collagen Powder Shaklee memang takkan habis. Pasti ramai yang teruja untuk bercerita kesan serta hasil yang di perolehi setelah menggunakannya. Apa yang menakjubkan hanya dengan sekotak Collagen Powder segala kesannya dah nampak. Apatah lagi kalau dah berkotak-kotak. Lihatlah segala testimoni-testimoni yang telah menggunakan Collagen Powder Shaklee:-

KULIT ANJAL, CERAH DAN TONA SEKATA


PARUT JERAWAT SEMAKIN PUDAR



LUBANG JERAWAT SEMAKIN KECIL


Macam mana? Hebatkan penangan Collagen Powder Shaklee. Saya sendiri mengakuinya setelah menggunakan sekotak Collagen Powder. Kulit saya semakin cerah dan tak perlu bermekap. It's natural beauty.

Cepat hubungi saya dan korang pasti merasai pengalaman seperti mereka yang lain.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

HANYA DI HUJUNG JARI

Shaklee semakin mengorak langkah ke hadapan. Pada 2 Oktober yang lalu, Shaklee telah mengumumkan yang segala transaksi hanya akan dibuat secara online. Sangat-sangat mudah, order dan barang akan sampai di depan pintu. Semuanya hanya di hujung jari sahaja.

Sebelum ini, segala order boleh melalui panggilan telefon atau melalui email. Ada sesetengah distributor pergi ke branch untuk dapatkan stok. Kini, distributor shaklee tak perlu bersusah payah lagi. Malah, melalui online segala maklumat peribadi, bonus dan sebagainya ada di dalamnya.



Cara loginnya pun mudah. Hanya perlu tahu address web iaitu https://www.shaklee2u.com.my. Kemudian masukkan no ID Shaklee dan password. Pasti selepas ini ramai yang teruja untuk menjadi ahli Shaklee. Bukan setakat untuk kegunaan sendiri malah korang pun pasti boleh membina empayar perniagaan sendiri dengan Shaklee.

Ayuh...masih belum terlambat. Kita bersama-sama membina empayar perniagaan kita. Moga-moga suatu hari nanti kita juga pasti bergelar JUTAWAN SHAKLEE...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Rabu, 9 Oktober 2013

TIP-TIP KESIHATAN YANG PERLU TAHU

Ketika saya membaca sebuah buku yang bertajuk 'MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT', sebahagian penceritaan didalam buku ini terdapat tip-tip kesihatan yang saya rasa banyak kelainan berbanding tip-tip yang biasa kita temui. Ingin saya berkongsi bersama supaya kita semua boleh jadikan ia sebagai satu panduan.

1. Bacalah segala artikel ataupun buku berkaitan dengan kesihatan. Barulah kita dapat pengetahuan luas tentang ilmu-ilmu kesihatan yang ada. Bukan ke perintah pertama Allah kepada Nabi Muhammad adalah iqra' iaitu baca mengenai semua perkara.

2. Ubahlah kebiasaanyang terkeliru sambil melakukan amalan-amalan baru secara bertahap. Mungkin selama ini terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang sering menjadi amalan kebiasaan kita. Contohnya, hisap rokok. Semua orang tahu kandungan rokok kebanyakkannya merupakan racun, maka hentikan lah. 

Allah Berfirman:
          " Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan 
            jiwa mereka adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah; dan mereka itulah orang yang berjaya."
(Surah At-Taubah, ayat 20)


3. Catatkan segala amalan-amalan tidak sihat yang boleh mempengaruhi kesihatan diri kita dan catat amalan harian yang mampu kita mengubahnya. Lagi baik kalau kita menyelidik penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh ahli keluarga kita. Sekurang-kurangnya kita dapat menjangka kemungkinan ketidaksempurnaan yang berpotensi diwarisi serta langkah awal pencegahannya dapat dilakukan.

4. Luangkan masa menjaga dan melawat kenalan yang sedang dirawat di hospital. Apabila kita melihat sahabat/kenalan yang sedang sakit secara tidak langsung boleh menimbulkan rasa bersyukur dan kesedaran betapa mahalnya kesihatan kita.

Allah Berfirman:
"Sekiranya kamu bersyukur nescaya aku tambahkan nikmatKu kepadamu..."
(Surah Ibrahim, ayat 7)

5. Bertemulah dengan mereka yang dapat memotivasikan kesihatan kita. Contohnya, warga emas yang masih aktif bekerja dan sebagainya. Umumnya, secara psikologi orang yang lebih tua dengan senang hati suka menceritakan masa lalunya.

Kata-kata Rasulullah:
" Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya. Paling banyak manfaatnya bagi orang lain".

6. Sentiasa ingat kata-kata Rasulullah mengenai sakit.

" Kesihatan adalah nikmat yang sering dilupakan".
   
  Kesihatan adalah seperti matahari yang setiap hari hadir dalam kehidupan kita tetapi tidak dirasai    manfaatnya dan dianggap tidak ada, Kesihatan baru dirasai kewujudannya apabila ia hilang. Memelihara kesihatan merupakan perkara wajib iaitu fardu ain. Tubuh badan kita dan kelengkapannya adalah amanat Allah yang perlu dijaga.

7. Rasulullah mengingatkan: "Hisablah diri mu". Adalah patut sekiranga kita melakukan general check up berkala. Terutamanya, apabila kita memasuki usia 40 an.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

JOM BER 'COLLAGEN POWDER' DI BULAN OKTOBER 2013


Fuh...memang rasa puas hati setelah mencuba Shaklee Collagen Powder ini. Yang menakjubkan kesannya boleh dirasai dalam 2 atau 3 hari sahaja. Korang nak tau apa yang saya rasa? Secara jujurnya, saya rasa kulit muka saya kelihatan lembab dan segala pori-pori yang selama ini besar semakin mengecil. Senang cakap kulit wajah saya bertambah lembut dan halus.

Apa rahsianya? Shaklee Collagen Powder merupakan supplemen kolagen yang mengandungi 4000mg kolagen RSS dan ia telah diekstrak dari sisik ikan merah. Selain itu, ia juga turut mempunyai ramuan istimewa yang lain seperti ekstrak biji camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, lactobacilus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B. Kesemua ramuan ini digabung untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan memberi kesan kecantikan dari luar dan dalam.

Apa tunggu lagi??? Bulan October 2013 ini ada keistimewaan di mana dengan pembelian 6 kotak Shaklee Collagen Powder akan dapat percuma 1 kotak lagi. Banyak sangat? Kalau ada bajet lebih apa salahnya boleh buat stok akan datang. Atau pun, pakat dengan mak cik-makcik, kawan-kawan kongsi order sampai cukupkan untuk 6 order baru boleh dapat 1 kotak percuma. So, contact saya cepat-cepat untuk order. Cepat order, Cepat la dapat...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Selasa, 8 Oktober 2013

PERNAH DENGAR MYELOFIBROSIS TAK???

Pernah tak korang rasa sakit dibawah tulang rusuk pada sebelah kiri? Tahu tak apa yang menyebabkan kesakitan itu? Untuk pengetahuan korang, kesakitan itu disebabkan limpa dan hati membengkak. Bukan itu sahaja, terdapat gejala-gejala lain seperti berpeluh pada waktu malam, sakit tulang, mudah lebam dan berdarah serta cepat letih. Tahu tak korang gejala ini semua merupakan satu penyakit. Penyakit yang tak pernah aku dengar. Semua tu gejala bagi penyakit MYELOFIBROSIS.



MYELOFIBROSIS merupakan sejenis penyakit darah yang menjejaskan penghasilan sel darah normal. Ia jarang dijumpai tetapi boleh mengancam nyawa.Tiada gejala-gejala awal yang ditemui. Mungkin, kita tidak merasakan ianya satu penyakit.

MYELOFIBROSIS boleh berlaku kepada lelaki dan wanita yang mana kebanyakkannya dijumpai dikalangan pesakit yang berusia 50 dan 80 tahun. Menurut kajian, pesakit yang mengidapi penyakit ini mempunyai jangka hayat yang lebih pendek dan kadar peluang  untuk hidup ialah diantara 5 hingga 7 tahun. Tambahan pula, kaedah rawatan bagi penyakit ini amat lah terhad. Setakat hari ini, hanya pemindahan sel induk alogenik sahaja yang merupakan satu-satunya rawatan yang berpotensi menyembuhkan penyakit ini.

MYELOFIBROSIS juga boleh berlaku secara perlahan-lahan dan pada peringkat awal seseorang itu mungkin tidak mengalami sebarang gejala. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan gejala tertentu seperti  cepat berasa letih, demam, sukar untuk bernafas dan sebagainya.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Jumaat, 4 Oktober 2013

GOUT KESAN DARIPADA ASID URIK TINGGI




Lazimnya, penyakit gout dikesan apabila mempunyai gejala-gejala seperti sendi di pergelangan kaki,tangan dan lutut menjadi besar serta kesakitan pada siku. Kesakitan ini berlaku secara tiba-tiba dan jarang disebabkan oleh kecederaan mahupun kemalangan.

Gout berlaku apabila kandungan asid urik dalam darah meningkat dan ia mengakibatkan pembentukan 'hablur' yang berkumpul di dalam sendi.Walau bagaimanapun, tak semua pesakit yang mempunyai paras asid urik yang tinggi akan mendapat gout. Kebanyakan kes gout adalah disebabkan faktor keturunan dan faktor masalah kesihatan lain seperti darah tinggi, obesiti, kencing manis dan paras kolestrol yang tinggi.

Oleh itu, pesakit-pesakit gout dinasihati untuk minum air dengan lebih banyak, sentiasa mengamalkan pengambilan vitamin C, mengurangkan berat badan dan elakkan pemakanan yang kaya dengan asid urik. Pesakit juga digalakkan minum kopi kerana kopi boleh membantu menurunkan paras asid urik.

Pengamalan penjagaan hidup yang sihat dapat mengelakkan berlakukan masalah kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada gout. Ia penting bagi mengelakkan komlikasi daripada peningkatan paras asid ini. Apabila banyak hablur terbentuk maka secara tak langsung boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akibat pembentukan hablur yang tersangkut pada buah pinggang.

SHARING IS CARING...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Rabu, 2 Oktober 2013

PENANGAN SI KALSIUM SHAKLEE (OSTEMATRIX)

Mesti ramai yang tak sedarkan, samada dalam satu hari berapakah jumlah kalsium dalam makanan yang kita ambil. Mungkin ada yang langsung tak ambil kalsium dalam makanan harian mereka, terutama pada mereka yang bukan penggemar produk tenusu. Kebiasaannya kita selalu dengar yang susu merupakan sumber semulajadi kalsium.

KENAPA KALSIUM ITU PENTING??

Pengambilan kalsium dalam makanan harian adalah penting untuk memberi sokongan terhadap struktur tulang dan gigi. Ia juga penting untuk mengawalaturan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf. Selain susu dan produk tenusu, kalsium juga boleh didapati dari sumber ikan dengan tulang lembut seperti sardin dan ikan bilis, kacang dan kekacang seperti dal kuning, sayur-sayuran seperti brokoli,kangkung dan sebagainya.


ALTERNATIF KEPADA SUMBER KALSIUM

Hari ini terlalu banyak alternatif yang mudah untuk kita dapatkan bekalan kalsium untuk kepentingan harian kita. Ia merupakan berita baik untuk bukan pengemar produk tenusu, bukan penggemar sayur-sayuran dan bukan penggemar atau alergi kepada kekacang

OSTEMATRIX merupakan satu produk keluaran SHAKLEE yang telah diformulasi dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Kandungan kalsiumnya adalah paling seimbang untuk memastikan kadar penyerapan hingga tahap 99%. Selain itu, terdapat nutrien samping didalamnya iaitu magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc,manganes dan boron.

Nutrien-nutrien ini penting diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Contohnya:-

Magnesium - merupakan ion positif no.2 penting dalam tubuh kita. Membantu sistem saraf , mengaktifkan enzim badan untuk menghasilkan tenaga.

Vitamin D - meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.

Zinc,Manganes dan Boron - memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.