Ahad, 27 Oktober 2013

SISTEM IMUN: PENYAKIT YANG BERKAIT DENGANNYA

Siapa sangka dalam sihat-sihat rupanya ada penyakit yang menyerang. Sudah ketentuan dariNYA setiap hambanya akan diduga tanpa kira tempat, waktu dan sebagainya. Korang tau tak alahan? Elergi? Alahan merupakan kesan daripada tindak balas berlebihan sistem imun kepada bahan asing yang tidak merbahaya.

Penyakit yang berkaitan dengan sistem imun dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu:-

a) PENYAKIT AUTOIMUM

Sistem imun boleh membantu antibodi yang sepatutnya menentang penyakit. Tapi, ia juga mungkin boleh menyerang tisu-tisu tubuh badan sendiri. Berikut adalah penyakit-penyakit autoimun:-

NO.
NAMA PENYAKIT
RINGKASAN
1
ARTRISTIS REUMATOID
* Sistem imun yang menghasilkan antibodi yang melekat pada pelapik sendi.                                                                                    
* Sel-sel sistem menyerang sendi-sendi yang mengakibatkan keradangan, pembengkakkan dan kesakitan.                                                                                             
* Boleh menyebabkan kerosakkan sendi berkekalan jika tidak dirawat.                                                                                  
2
SISTEMIK LUPUS ERYTHEMATOSUS (LUPUS)
* Antibodi autoimun melekat pada tisu di seluruh tubuh.                                          * Sendi-sendi,paru-paru, sel-sel darah,saraf-saraf dan buah pinggang mendapat kesan akibat lupus.
3
PENYAKIT KERADANGAN USUS (IBD)
* Sistem imun menyerak pelapik usus yang menyebabkan diarea(cirit-birit), pendarahan rektum, pergerakkan isi perut secara tiba-tiba,demam, sakit pada perut dan kehilangan berat badan.                                                                                                   
* Kolitis berulser dan penyakit Crohn merupakan dua bentuk utama IBD.
4
SKLEROSIS BERBILANG(MS)
* Sistem imun yang menyerang sel-sel saraf menyebabkan gejala-gejala yang boleh melibatkan kesakitan, kebutaan, kelemahan dan kekejangan otot.
5
DIABETES MELLITUS TAHAP SATU
* Antibodi sistem imun yang menyerang dan merosakkan sel-sel penghasilan insulin dalam pankreas.                                                                                                                   * Pesakit memerlukan bekalan suntikan insulin untuk hidup
6
SINDROM GUILLAIN BARRE
* Sistem imun menyerang saraf-saraf yang mengawal otot-otot dalam kaki dan kadangkala tangan dan bahagian atas tubuh.                                                                                                               
* Penapisan darah dengan prosedur yang dikenali sebagai plasmapheresisadalah rawatan utama bagi sindrom ini.
7
PSORLASIS
* Sel-sel darah sistem imun terlebih aktif dikenali sebagai sel-sel T dikumpulkan dalam kulit.                                                                                         * Ia mudah membiak dan menghasilkan plak bersisik berwarna perak pada kulit.
8
PENYAKIT GRAVES
* Sistem imun yang mengrangsang kelenjar tiroid untuk melepaskan jumlah hormon tiroid berlebihan dalam darah (hipertiroidism).                                                                                           
* Antara gejala-gejalannya ialah mata tersembul,kehilangan berat badan,rasa gelisah,kerengsaan, degupan jantung cepat, kelemahan dan rambut rapuh.
9
TIROIDITIS HASHIMOTO
* Antibodi yang menyerang kelenjar tiroid secara perlahan merosakkan sel-sel yang menghasilkan hormon tiroid. Tahap tiroid yang rendah (hipotiroidism).                                                      
* Gejalanya ialah kelesuan, penambahan berat badan, kemurungan, kulit kering dan sensitif kepada kesejukan.

b) PENYAKIT KECACATAN IMUN

Kecacatan imun boleh terjadi sejak lahir sebagai penyakit genetik. Penyakit kecacatan juga boleh memudahkan diri mendapat jangkitan. Berikut adalah penyakit yang berkaitan dengan kecacatan imun:-

NO.
NAMA PENYAKIT
RINGKASAN
1
SEVERE COMBINED IMMU-NODEFICIENCY (SCID)
Kecacatan teruk pada pelbagai bahagian dalam sistem imun. Bayi dengan SCID mati akibat jangkitan yang amat teruk yang kebiasaannya sebelum mencapai usia setahun.
2
COMMON VARIABLE IMMU-NODEFICIENCY (CVID)
Kecacatan genetik yang menghasilkan terlalu sedikit antibodi untuk menyerang penyakit atau jangkitan. Antara gejala-gejalanya ialah jangkitan pada telinga, paru-paru, hidung , mata, dan organ-organ lain.
3
HIV/AIDS
HIV menyerang dan merosakkan sel-sel sistem imun yang biasanya melawan jangkitan.
4
KECACATAN IMUN DICETUSKAN OLEH UBAT
Ubatan yang menyerang sistem imun memberi kesan dalam peningkatan peluang jangkitan.
5
PENYAKIT CANTUMAN LAWAN PERUMAH
Selepas pemindahan tulang sum-sum, sel-sel sistem imun penderma akan menyerang tisu-tisu penerima organ.

Jadi, kenal pasti setiap gejala-gejala yang boleh menyebabkan korang berkemungkinan mengidap antara penyakit-penyakit seperti di atas. Maka, kita semua harus mencegah dari semua ini terjadi dan mungkin banyak faktor yang perlu kita ambil berat dalam kehidupan seharian kita.

"KESIHATAN DATANGNYA DARI ALLAH"

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan