STROK merupakan satu keadaan dimana secara tiba-tiba seseorang itu mengalami lumpuh sebelah kanan badan atau sebaliknya. Tapi, kadang-kadang ada juga yang saya dengar ada orang yang kena strok muka dan strok lidah.
Menurut Pakar Bedah Neurosugeri dan Pensyarah Kanan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Ainul Syahrifazli Jaafar, STROK merupakan sindrom klinikal yang menyerang pesakit melebihi 24 jam. Ia juga dikenali sebagai 'serangan otak' kerana ia berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu. (Sumber: ISihat, November 2013)
Terdapat 2 jenis serangan Strok iaitu Strok iskemia iaitu salur darah tersumbat dan strok berdarah yang melibatkan salur darah pecah. Ia juga berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Tambahan lagi, kebiasaaannya ia berlaku adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya.
Manakala, strok berdarah (Haemorrage) terjadi apabila salur darah di dalam otak atau sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberikan tekanan pada dinding arteri secara tidak langsung menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.
Di negara kita, kebanyakkan pesakit mengalami strok berdarah berbandingkan strok iskemia. Masalahnya, sering berlaku kekeliruan di kalangan pesakit tentang tanda-tanda awal stok dengan penyakit lain seperti jantung. Contohnya, pesakit sakit dada sering mengadu dan mendapatkan rawatan kerana bimbang mengalami serangan jantung. Tapi, ramai yang mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dan tidak segera mendapatkan rawatan apabila gejala-gejala strok itu terjadi.
BERTINDAK SEBELUM TERLEWAT!!!
Strok tidak mengenali usia dan ia juga tidak mengenali waktu. Semua ini mungkin boleh berlaku, mungkin saya dan juga mungkin anda. Menurut kebiasaannya, strok masih mempunyai harapan untuk pulih sekiranya pesakit dihantar ke hospital sebelum 4 jam. Tapi, sekiranya lebih dari 24 jam, ia bergantung pada jenis serangan stoknya.
Bagi tindakan lebih pantas, Teknik FAST mungkin boleh digunakan apabila korang melihat tanda-tanda awal strok dialami seseorang pesakit.
F FOR FACE - Raut wajah akan berubah menjadi semakin senget. Ini menandakan otak tersebut telah mula diserang. Tindakan : Meminta pesakit senyum
A FOR ARMS - Anggota badan seperti tangan dan kaki mula merasa kebas dan sukar melakukan pergerakan seperti biasa. Tindakan : Minta pesakit mengangkat atau menggerakkan kedua belah tangannya.
S FOR SPEECH - Pesakit mula mengalami masalah pertuturan seperti pelat, butir bicara tidak terang dan payah untuk bertutur. Tindakan: Meminta pesakit menyebut perkataan yang mudah.
T FOR TIME TO CALL 999 - Segeralah mendail nombor kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Jangan lengahkan waktu.
Apa yang penting kita semua perlu mengawal faktor utama yang boleh menyumbangkan kepada strok iaitu diabetes, darah tinggi, paras kolestrol dan tabiat merokok. Ayuh kawan kita boleh mengubahkannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan