Rabu, 9 Oktober 2013

TIP-TIP KESIHATAN YANG PERLU TAHU

Ketika saya membaca sebuah buku yang bertajuk 'MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT', sebahagian penceritaan didalam buku ini terdapat tip-tip kesihatan yang saya rasa banyak kelainan berbanding tip-tip yang biasa kita temui. Ingin saya berkongsi bersama supaya kita semua boleh jadikan ia sebagai satu panduan.

1. Bacalah segala artikel ataupun buku berkaitan dengan kesihatan. Barulah kita dapat pengetahuan luas tentang ilmu-ilmu kesihatan yang ada. Bukan ke perintah pertama Allah kepada Nabi Muhammad adalah iqra' iaitu baca mengenai semua perkara.

2. Ubahlah kebiasaanyang terkeliru sambil melakukan amalan-amalan baru secara bertahap. Mungkin selama ini terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang sering menjadi amalan kebiasaan kita. Contohnya, hisap rokok. Semua orang tahu kandungan rokok kebanyakkannya merupakan racun, maka hentikan lah. 

Allah Berfirman:
          " Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan 
            jiwa mereka adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah; dan mereka itulah orang yang berjaya."
(Surah At-Taubah, ayat 20)


3. Catatkan segala amalan-amalan tidak sihat yang boleh mempengaruhi kesihatan diri kita dan catat amalan harian yang mampu kita mengubahnya. Lagi baik kalau kita menyelidik penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh ahli keluarga kita. Sekurang-kurangnya kita dapat menjangka kemungkinan ketidaksempurnaan yang berpotensi diwarisi serta langkah awal pencegahannya dapat dilakukan.

4. Luangkan masa menjaga dan melawat kenalan yang sedang dirawat di hospital. Apabila kita melihat sahabat/kenalan yang sedang sakit secara tidak langsung boleh menimbulkan rasa bersyukur dan kesedaran betapa mahalnya kesihatan kita.

Allah Berfirman:
"Sekiranya kamu bersyukur nescaya aku tambahkan nikmatKu kepadamu..."
(Surah Ibrahim, ayat 7)

5. Bertemulah dengan mereka yang dapat memotivasikan kesihatan kita. Contohnya, warga emas yang masih aktif bekerja dan sebagainya. Umumnya, secara psikologi orang yang lebih tua dengan senang hati suka menceritakan masa lalunya.

Kata-kata Rasulullah:
" Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya. Paling banyak manfaatnya bagi orang lain".

6. Sentiasa ingat kata-kata Rasulullah mengenai sakit.

" Kesihatan adalah nikmat yang sering dilupakan".
   
  Kesihatan adalah seperti matahari yang setiap hari hadir dalam kehidupan kita tetapi tidak dirasai    manfaatnya dan dianggap tidak ada, Kesihatan baru dirasai kewujudannya apabila ia hilang. Memelihara kesihatan merupakan perkara wajib iaitu fardu ain. Tubuh badan kita dan kelengkapannya adalah amanat Allah yang perlu dijaga.

7. Rasulullah mengingatkan: "Hisablah diri mu". Adalah patut sekiranga kita melakukan general check up berkala. Terutamanya, apabila kita memasuki usia 40 an.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan