Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam maal hijrah kepada semua semoga peristiwa penghijrahan Nabi menjadi suntikan semangat dalam membentuk diri kita berhirah ke arah yang lebih baik. Berlinang melihatkan kisah-kisah penghijrahan Dato' Malek Noor, Liena Hangat dan Adam.. Sungguh bertuahnya hidup mereka yang disayangi Allah hingga menjadi hamba terpilih menerima hidayahnya.
Kita? Dimanakah diri kita? Dimanakah Islam kita? Hanya pada namanya sahaja atau bagaimana? Firman Allah dalam surah Al-Baqarah Ayat 208:-
"Wahai Orang-orang yang beriman!Masuklah agama islam secara keseluruhannya;
dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang musuh kamu yang nyata"
Diharap kita semua diberi kesempatan untuk memperbaiki apa yang telah kita lalui selama ini. Sesunggunya kita harus bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas serta bertaubat kepada Allah S.W.T. Berhijrahlah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan