Rabu, 6 November 2013

AKU DAN SHAKLEE

SHAKLEE?? Sebelum ni saya tak pernah pun mengenali apa itu SHAKLEE. Dulu-dulu macam pernah dengar tapi tak pernah ambil port pun. Semua ni bermula selepas saya melahirkan anak yang ke 2 pada tahun 2011. Ye la, nak katakan kita ni berumur sangat pun tak la sangat, disebabkan hal nak menambah susu badan so try google. Googlre punya google terjumpa satu blog ni http://permatacintaku.blogspot.com/.
Kat blog ni banyak entry yang membantu hal ehwal menambahkan susu. So, dari situ la terbukanya hati nak mencuba produk Shaklee ni.

SERIUS BERBISNES

Setelah mencuba set penyusuan selama beberapa bulan. Owner blog http://permatacintaku.blogspot.com/ a.k.a Puan Master Wan Fatihanum pun mengajak lah saya join jadi ahli di bawah naungan dia. Di situ, dia menceritakan segala info dan kelebihan menjadi ahli Shaklee. Sehingga lah saat ini dia lah tempat rujukan sekiranya ada sebarang kemusykilan tentang Shaklee. Di samping itu, banyak kata-kata semangat dan motivasi yang di berikan.

Ye la, kalau saya fikir-fikirkan 'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'. Mungkin Allah memberi saya kesempatan peluang yang ada untuk mencuba berbisnes. Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat dapat bertemu dengan Shaklee. Sekarang bertambah-tambah jatuh hati dengan Shaklee sebab tak sangka dapat bertemu dengan rakan-rakan semua nya bersemangat tinggi untuk berbisnes.

MENGEJAR IMPIAN BERSAMA SHAKLEE

Sesuatu kejayaan itu tidak mungkin dapat dikecapi dengan mudah. Semuanya berlaku dengan usaha yang gigih dan berterusan. Apa yang pasti, saya tahu apa yang saya inginkan dan fokuskan. Kalau difikirkan orang lain mampu berjaya, maka saya juga boleh juga seperti orang lain. Harapan kini, semoga saya berterusan beristiqamah dalam berbisnes bersama SHAKLEE agar suatu hari nanti saya juga boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mereka yang telah bergelar jutawan SHAKLEE sekali gus memegang title WAHM (Woman At Home Mom). Aminnnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan