Solat lima waktu merupakan satu tiang penting sebagai seorang islam yang benar-benar bertakwa. Tapi, mungkin ramai yang kurang menyedari tentang kelebihan pergerakkan-pergerakan dalam solat mempunyai banyak kelebihan.
Terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami perengangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.
BERDIRI - Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.
TAKBIR - Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu, paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.
RUKUK - Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal, memberikan tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.
SUJUD - Sujud yang wajib sebanyang 34 kali sehari menjamin aliran arah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.
DUDUK IFTIRASY - Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pad lipatan paha.
TRANSISI - Pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem kencing,jantung dan saluran darah.
THUMA'NINAH - Thuma'ninah atau berhenti seketika. Rutin solat menjadi masa rehat sehingga subuh, hati dan fikiran kita menjad segar kembali.
SALAM - Gerakan salam iaitu memutar kepala kepada kanan dan kekiri berguna bagi merengang otot-otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.
Sumber: Mengapa Rasululullah Tidak Pernah Sakit
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud RA katanya, “Aku bertanya kepada nabi SAW, apakah amalan yang paling Allah suka?” Jawab Nabi SAW, “Mengerjakan sembahyang dalam waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawabnya, berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” Jawabnya, “Jihad untuk menegakkan agama Allah”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan