Kesuburan sering kali dikaitkan dengan golongan wanita lebih jika dibangdingkan lelaki. Tetapi, lelaki juga perlu diberikan perhatian dalam hal ehwal kesuburan kerana lelaki merupakan pembekal utama sperma. Maklumlah, lelaki merupakan ketua keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar dalam keluarga. Kadangkala, kesibukan dalam menunaikan tanggungjawab memungkinkan keupayaan seksual mereka sedikit terganggu.
Pengambilan sumber makanan semulajadi seringkali diberi penekanan tentang kepentingannya. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengamalkan diet yang seimbang maka mereka sentiasa dapat mencegahkan diri daripada sebarang penyakit. Begitu jugalah hubungan diantara kesuburan dan pemakanan sumber makanan semulajadi.
SUMBER MAKANAN SEMULAJADI
Terdapat banyak sumber makanan semulajadi yang boleh membantu meningkatkan kesuburan kepada kaum lelaki. Antaranya:-
BADAM
Badam sangat bermanfaat kepada lelaki kerana ia mengandungi asid lemak yang tinggi. Ia berfungsi mengeluarkan hormon lelaki dan boleh membantu menambahkan pengeluaran sperma selain membantu meningkatkan kesuburan.
Badam kaya dengan kandungan mineral seperti protein,serat,kalsium,magnesium,kalium,riboflavin,besi, vitamin E dan antioksida yang tinggi.
ASPARAGUS
Asparagus dikatakan merupakan makanan afrodisiak iaitu pembangkit ghairah seks kerana bentuknya. Tetapi, hakikatnya asparagus sebenarnya kaya dengan Vitamin E yang mana boleh merangsang hormon seks, menguatkan tenaga batin dan menambah stamina.
TIRAM
Tiram sebenarnya mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Zat besi adalah salah satu mineral yang diperlukan untuk meningkatkan hormon testosteron dan menambah jumlah sperma lelaki. Selain itu, tiram juga mengandungi dopamine iaitu hormon yang boleh menaikkan ghairah seks dan merangsang kepuasan seksual.
PISANG
Pisang pula kaya dengan potasium dan vitamin B. Kedua-duanya penting untuk menghasilkan hormon seks. Enzim bromelain yang terdapat didalam pisang boleh meningkatkan libido atau syahwat lelaki.
BAWANG PUTIH
Memang ramai yang tak sukakan bawang putih kerana baunya yang terlalu kuat. Tetapi, apabila mengetahui khasiatnya pasti ramai yang menyintainya. Bawang putih mengandungi alicin yang boleh melancarkan perjalanan darah ke organ seksual untuk meningkatkan libido.
Rahsia kekuatan lelaki adalah jus lobak merah. Lobak merah boleh meningkatkan libido lelaki kerana ia membekalkan sejenis sebatian yang menyerupai estrogen untuk merangsang keinginan seksual. Selain itu, lobak merah kaya dengan beta karotena, sodium,potasium,zat besi , vitamin A,C,dan B.
AVOKADO
Avokado membekalkan sumber 13 mineral penting termasuk besi, magnesium dan kuprum yang bergabung untuk membina dan membaik pulih sel darah merah. Ia juga membekalkan vitamin B yang paling tinggi seperti folat,pyridoxine(B6) dan pontothenic (B5). Vitamin B6 boleh meningkatkan pengeluaran hormon untuk merangsang seksual lelaki.
COKLAT
Coklat kebiasaannya lebih disukai oleh wanita berbanding lelaki. Tetapi, coklat sebenarnya mengandungi phentlethylamine atau dikenali sebagai 'love chemical'. Menurut penyelidik, coklat mengandungi bahan kimia yang memberi kesan neurotransmitter pada otak. Disamping itu, ia menganduni methylxanthines yang bertindak meningkatkan deria sensitif tubuh walaupun sekadar sentuhan yang lembut.
SUMBER: MAJALAH WANITA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan