Selasa, 5 November 2013

OTAK: KUNCI PERGERAKAN & 1001 MEMORI

Salam Ukhwah kepada semua yang sudi membaca blog ini. Korang mesti pernah dengar tentang kemurungan. Kemurungan sekarang ini lebih dianggap satu penyakit zaman moden dan kini semua orang adalah berisiko terhadap penyakit ini. Kemurungan seringkali dikaitkan dengan gangguan emosi walaubagaimanapun ia adalah bergantung kepada pengawalan otak seseorang terhadap sesuatu dugaan yang dialaminya.

Sebab itu lah kepentingan otak tidak perlu digambarkan dengan kata-kata. Otak merupakan satu peti besi yang mempunyai 1001 keistimewaan malah ia menjadi kunci utama pergerakkan setiap anggota badan kita. Bayangkan sekiranya mengalami sebarang kerosakkan atau kecederaan pada otak kita, sudah pasti kita boleh lumpuh malah lebih teruk dari itu


PENYAKIT-PENYAKIT BERKAITAN OTAK

ATAXIA merupakan satu penyakit yang sering menyerang bahagian otak kecil dan ia boleh menyebabkan gangguan pada saraf motorik tubuh. Pesakit kebiasaannya akan mengalami kesakitan secara perlahan-lahan dan lama kelamaan tubuh menjadi bertambah lemah. Antara ciri-ciri pesakit yang mengidapi ATAXIA ialah sering jatuh tanpa sebab, tidak dapat menyeimbangkan tubuh atau lebih teruk lagi mengalami kelumpuhan,

ALZHEIMER'S merupakan penyakit otak yang diakibatkan oleh sel saraf di dalam otak sudah mati sehingga isyarat tidak mampu disampaikan dengan baik. Pengidap ALZHEIMER akan mengalami masalah ingatan dan ia turut mengakibatkan kesukaran untuk menjalani rutin harian. Mereka juga cepat menjadi gelisah,cemas dan agresif. Antara gejala-gejala yang dihadapi oleh pesakit ALZHEIMER ialah mengalami kekejangan, jangkitan kulit dan kesukaran menelan, kerap mengerang, merintih dan mendengus. Mereka juga tidak mampu berkomunikasi dengan baik.

SKIZOFRENIA berlaku akibat daripada ketisakseimbangan pada salah satu sel kimia dalam otak yang dinamakan dopamin. Kebiasaannya pesakit SKIZOFRENIA sukar membezakan antara fantasi dan realiti.Antara gejala-gejalan yang sering dialami ialah berhalusinasi, delusi, liar dan kurang bermotivasi.

EPILEPSI pula terjadi kerana wujudnya serangan pada neuron motorik dan neuron sensorik yang berlaku secara berulang-ulang. Terdapat 3 jenis EPILEPSI iaitu:-

a)  Rolandik Epilepsi - kerap menyerang kanak-kanak dan berlaku di kawasan otak rolandik. Berlaku ketika sedang tidur dan boleh dikesan apabila rasa aneh di bahagian mulut, air liur meleleh dan kejang otot dibahagian mulut.

b) Chilhood Absence Epilepsi - dikesan apabila tiba-tiba merenung jauh sehingga tidak sedar akan keadaan sekeliling dengan mata terkebil-kebil.

c) Generalised Tonic Clonic Epilepsi - pengidap akan tidak sedar/pengsan secara tiba-tiba. Ia seterusnya diikuti dengan otot kaki dan tangan menjadi kejang.

PARKINSON merupakan satu penyakit otak yang berbahaya dimana ia adalah penyakit degeneratif saraf. PARKINSON disebabkan oleh jangkitan virus dan pengambilan ubat-ubatan yang mengurangkan pembentukan dopamin. Antara gejalanya ialah goncangan pada tangan dan kaki ketika berehat, adakalanya kaku di bahagian tangan, kaki dan badan, langkah dan gerakan menjadi perlahan serta kurang stabil ketika berdiri atau berjalan.

KEPENTINGAN VITAMIN PADA SARAF OTAK


Segala penyakit-penyakit berkaitan dengan otak mungkin dapat dicegah sekiranya kita mengamal cara hidup yang sihat. Dalam gaya kehidupan masa kini yang mempunyai pelbagai dugaan dan tekanan memungkin seseorang itu mengalami ketidakaturan dalam urusan peribadinya. 

Pengambilan supplement atau vitamin amatlah disarankan sebagai bekalan tambahan serta membantu mencegah daripada dihidapi sebarang penyakit. Antara supplement yang boleh membantu meningkatkan fungsi otak dan saraf-sarafnya adalah seperti berikut:-

B-COMPLEX - membantu dalam menambah aliran darah ke otak,mengurangkan stress atau kegelisahan, reboflavin menambah simpanan tenaga dalam sel otak.

VIVIX - Menyokong kesihatan otak, melindungi dan pembaikan sellular DNA

OMEGA GUARD - peranan DHA,EFA terhadap otak, komunikasi lengkap antara sel otak dan saraf, menurunkan risiko spasm salur darah berkaitan dengan migrain serta mengelak depresi (melancholia)

LECITHIN - membaiki ingatan dan kapasiti mental, diperlukan dalam fungsi saraf dan fungsi otak serta neurotransmitter.

E. SOY PROTEIN - Diperlukan untuk fungsi otak,meningkatkan tenaga, mengawal mood dan memperbaiki transmini impuls saraf

Jadi adalah sangat penting menjaga kesihatan oak agar sistem kerjanya tidak terjejas. Semoga nukilan ini sedikit sebanyak dapat menyampaikan satu pesanan baik untuk kita semua.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 0199805192 atau email harraz0929@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan